Thursday, March 18, 2010

we are happy together..yeah...

assalamualikum n hai semua..

mata dah mengantuk tapi tangan masih gatal untuk menekan keyboard.
kepala time ni memang banyak idea.
mencurah-curah keluar..

apa yang seronok untuk diperkatakan sekarang..
mungkin aku boleh riak dengan mengatakan aku sangat seronok..
seronok 'giler' keluar dengan kawan-kawan semalam
betapa seronok bila kami semua (aku, Ira, Atie, Ika, Adeq dan Yatie) keluar..
rancangan kami pada mulanya nak pergi main bowling..
ini idea Adeq..dia ajak kami dari minggu lepas lagi..
then semalam dapat gak pujuk kami..
plan di di buat dan kami dapat sewa kereta Wira dan mampu untuk memuatkan kami 6 orang..

kami bertolak dari kampus pada pukul 5
tiba di Wangsa Walkmall, tapi sayang bila kami tak dapat nak main bowling sebab dah penuh dan waiting list sangat panjang..kami terlupa sekarang waktu cuti sekolah.mestilah family akan turun untuk bersuka ria.
lari rancangan kami. sambil2 fikir apa yang patut kami buat. kami sempat lagi pergi main2 kat 1 area nie.dah lupa sah nama tempat tue.*aishhh*..
have fun gak la.banyak permainan untuk dicuba

dah abis main,kami kembali ke rancangan asal iaitu nak pergi picnic.
so kami pergi dominos..
Ika n Adeq pergi beli sementara kami 4 orang tunggu dalam kereta.
aku rasa sangat urban bila pergi picnic makan Dominos.
aku fikir 'mungkin itu trend nya sekarang'
dan aku juga terfikir bahawa kami picnic di Lake Garden dan suasananya berbeza.
mungkin Dominos sahaja yang sesuai dengan empat sebegitu.
kami menikmati makanan dan bergambar sepuas hati..

pukul 9 kami bergerak meninggalkan Lake Garden da menuju ke Dataran Merdeka.
mungkin mahu memuaskan hajat Ika yang nak sangat ambil gambar di Dataran Merdeka.
mungkin dia dah puas :)

puas meronggeng kesana kemari,kami pulang semula ke kampus.
mungkin tak lama tapi kepuasan dan keseronokan tak dapat nak digambarkan dengan kata2.
cukup puas bila dapat bersama mereka yang selalu ada..
serasa aku. kita harus buat begini lagi..

- ima ramli -


Monday, March 15, 2010

- walimatul urus -

hai and assalamualaikum semua......

hari ini adalah hari yang sangat cantik. Memandangkan aku takde kelas pagi ni so aku bangun lambat sikit la :). Tapi aku seronok bila bangun pagi sebab bila aku bangun matahari dah memancar tapi masih lagi dalm suasana yang sejuk. Ia membuatkan aku terfikir betapa bestnya hidup nie..
hahahaha dahla mengarut..

Aku sebenarnya nak cerita tentang majlis pernikahan pak cik aku yang sangat disayangi.
Pada 13 haribulan aritu pak cik aku dah selamat menjadi suami orang..
Tahniah la Pak cik ( Hisam bin Sharif @ makhtar) dan juga mak cik baru aku (Nor Fatehah Bt Othman)..

Untuk memeriahkan lagi majlis, aku selaku anak saudara yang baik dan cantik :p nie kenalah balik.
tapi aku terpaksa balik lambat sikit disebabkan ada hafazan halaqah pagi jumaat tue..aku balik ke Jengka tumpang mak ngah aku. sepatutnya pukul 3 ptg dah gerak tapi disebabkan ada masalah sikit pukul 830 mlm baru aku bergerk balik..tak dapat aku nak gambarkan melalui tulisan aku ni betapa pack nya kereta pak ngah aku. Dengan bonet yang penuh dengan barang samapai terpaksa di tekan2 supaya boleh tutup bonet. Dah tue kat dalam pun penuh sampai aku tk tahu nak duduk macam mana. Dekat kaki pun penuh. Ya Allah just imagine je la macam mana perjalanan aku selama 4 jam tu..

Sampai kat rumah je, aku keluar dengan belakang dan kaki yang sangat sakit..cramp kaki aku!!!
Dah sampai agak lambat tapi family aku dah siap tunggu nak siapkan apa lagi yang belum siap..
Aku ambik job gosok baju aku dengan baju sepupu2,,kitorang sedondon..hehehehe
M.ngah dan mak aku kemas2kan hantaran to make sure everything is ok dan tak de yang akan tertinggal lagi.Adik aku pakaikan inai kat pak cik aku. sepupu2 aku pon join sekali. Including aku la tapi aku pakai kat jari kelingking je..:).semua tido lambat malam tue.

keesokannya kami sekeluarga dan rombongan bertolak dari rumah ke rumah pengantin di Kemaman pukul 8 pagi. kami kena bertolak awal seban rumah pengantin perempuan agak jauh dan memakan masa almost 3 hours. Dan majlis pernikahan di jangkakan pada pukul 11. Rombongan kami sampai di masjid pada pukul 1030. walaupun kelam kabut, time tu aku sempat lagi buat UPU adik aku yang bongsu..
pukul 11 tok kadi pon sampai then we were get ready to start the event. Pak cik aku sangat nervous sampai dia kena wat akad 2 kali..keli kedua dia berjaya. aku sangat gembira tgk apk cik aku tersenyum sebab dah lepas daripada seksa akad nikah tu,,hahahaha pakcik!!

dah selesai akad nikah kitorang pon bergerak ke rumah pengantin perempuan..
kami ditempatkan di rumah jiran untuk senang pak cik aku tukar baju dan bersiap.
Pada pukul 1230 kami berarak ke umah pengantin perempuan dan bersanding la pak cik aku...
pengantin makan beradap tapi aku tak join sebab aku dengan adik aku dah makan dulu sebab dah lapar sangat. but still kami dapat makanan pengantin..hahahaha. udang tue..syok abis makan..

pukul 2 - dah siap2 semua kami pon ambil keputusan untuk balik. Lepas diorang pas2 kan cenderamata kami pun blah la..aku sampai kat rumah Jengka pukul 5.penat tak dapat nak digambarkan dengan kata2 la..

TAPI AKU SANGAT BAHAGIA BILA AKU TENGOK PAK CIK AKU BAHAGIA!!!!

- TAHNIAH PAK CIK MAT N MAK CIK TIHAH -

LOVE YOU..............

tq

- ima ramli -


Friday, March 12, 2010

selesai...

salam semua...

hai..

minggu terakhir kelas sebelum final dah nak dekat..
aku rasa cepat sangat masa berlalu..
rasa mcam baru je register sem nie tup2 dah nak final..

even dah nak final, aku ni macam masih terkontang-kanting dlm pelajaran
still pkey apa yg aku belajar sem nie..hahahahaha
teruk betol..

arini jumaat, aku dan kawan Atie n Ira dah abiskan hafazan halaqah kitorng
aku xdpt nak gbrkan betapa leganya perasaan aku bila dah abis wat hafazan..
seronok xdpt nak digambarkan dengan kata2...:)

assignment yang menimbun selama ni pun aku dah selesaikan..
rasa lepas beban yang dok menimbun kat bahu aku nie, aku harap semua kerja yang aku wat tue berbaloi la dengan kepayahan yang aku tanggung..
moga dapat markah yang ok...

sekian la luahan hati aku yang tah pe2 nie..bye

- Ima Ramli -