Tuesday, June 8, 2010

Memories's Flashback Part 2 (POS LEBIR)

Assalamualaikum kawan2..

Selamat datang sekali lagi ke site aku. Terima kasih tak terhingga pada semua yang sanggup mengorbankan dan menghabiskan sedikit masa dengan membaca blog aku ini. As you all know, last time aku dah share 1st part memory aku dengan korang so this time is part 2. Pert 2 ni, aku nak share dengan korang tentang pengalaman aku masa join Program Masuk Kampung under COMRADE. Program ini diadakan pada 11-17 April 2010 di Pos Lebir, Gua Musang Kelantan. Sedikit sinopsis ye, program ini adalah program yang memerlukan kami untuk mengajar ilmu2 agama seperti ilmu Fardhu Ain kepada penduduk orang asli yang beragama Islam disana. Program ini juga boleh dikategorikan sebagai community service. In my opinion, aku dapati yang program seumpama ini sangat bagus. Seminggu aku disana, aku telah mempelajari banyak perkara baru dan ada serba sedikit ilmu yang dapat aku kongsi dengan kawan2 dan penduduk orang asli di sana. Ia juga telah membuka mata aku dalam sesetengah perkara. Walaupun ada sedikit horror experience namun begitu aku terima dengan hati terbuka as orang tua2 kata 'dah rezeki'. But I cannot mention it here ok. Overall program seumpama ini sangat menarik minat aku. Even this program is my 1st time, aku rasa sangat menarik dan aku sangat teruja untuk join program akan datang. So hope u guyz enjoy the pic. I will explain further in the caption ok. 


* Tengah tunggu bas sampai. Snap gambar dulu apa2 pon*



* Sampai sudah kami di Kelantan. Sekarang kami memunggah barang2 dan menunggu ketibaan trak yang akan mebawa kami masuk ke dalam kampung *


*  Time ni kami dalam trak nak ke Pos Lebir. Gambar blur kan? Tu disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk sampai kami terlambung2. Sakitnya badan aku tak dapat nak cakap. Duduk seksa cuba bayangkan orang yang berdiri..huhu *



* Ni masa kawan2 aku tengah ziarah family angkat dorang. Sayangnya aku tak diberikan keluarga angkat kerana aku telah ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan daerah dapur dan menjadi assistant chef yang tak berbayar :p *

* Menari denganku?. hehe. tengoklah abang2 aku menari sewang dengan orang kampung. Untuk program ni hanya lelaki yang dibenarkan menyertai sewang. For girlz 'No Sewang' warning dah diberi. Kenapa? Ada la sebab yang tertentu dan untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Malam yang hebat. *


 * Malam last post mortem kami. Untuk pengetahuan semua, kami akan buat post mortem setiap malam. Tak suka time ni coz ada sesi air mata. I tak suka emo2 nie. *peace*. As aku mentioned b4, malam ni la malam kejadian yang membuatkan aku tak senang duduk. :p *


* hari terakhir dan tibala masa untuk pulang. Apa2 pon ambik gambar dulu sebagai kenangan kita bersama. Aku kat ne? Tak payah carila. Memang takkan jumpa. Coz aku tiada dalam gambar ni. Time ni aku tengah merajinkan diri dengan mengemas dewan. Eceh :) *


Sesungguhnya program ini sangat seronok dan aku tak pernah menyesal menyertainya even ada sesetengah golongan manusia yang men'spoil'kan mood program nie(jangan marah ye). Still aku seronok dan bersyukur kerana dapat menyertai program ini dan menghabiskannya dengan jaya. Adoi, rindu sungguh dengan kamu2 semua. Maaf tak dapat nak join program ke Cameron kerana ada commitment lain. Insyaallah akan ketemu juga kita nanti.

Cukuplah cerita untuk part kali ini. Tunggu part 3 pulak ye. Part 3 aku nak cerita pengalaman di mana aku telah didera. Sehingga terminum air parit. Nak tau kenapa? Tunggu!!!

Terima Kasih. Salam

LOVE : - Ima Ramli -




Sunday, June 6, 2010

Memories's Flashback Part 1

Salam alaik frens..

Hari ni rasa macam nak flashback balik semua memori yang aku ada. Perkara yang menggembirakan haruslah dikongsi kan? Terasa macam nak buat part la. Post ni adalah post yang pertama. 

1) Part pertama ni time aku join induction course @ DRIC under COMRADE. Memandangkan aku adalah budak baru belajar jadi kenalah join induction course ni so barulah terpelajar. Hehe :). Tarikh aku tak ingat tapi serasanya pada 8,9 dan 10 Januari 2010. Program ini aku rasakan sangat menarik sebab banyak aktiviti2 yang menariklah. Aku dapat buat night walking. Tulah yang paling best sekali. Yang lain2 tu biasa je la macam program2 lain. Asyik talk je. Mata aku pon asyik nak terpenjam je..*kejam*. Malas nak cite panjang2. Tengoklah gambar nie..


 * Ini aku dengan groupmate aku. Groupmate aku semuanya sporting. Antara mereka ialah aku, Jee, Sen, Faiz, dll. Aku dah tak ingat yang lain*


* ha inilah makanan pertama kami. Time dinner. First time makan dalam dulang ramai2. Nyum3*


Kenapakah?
Hahahaha time ni kitorang gelak coz kitorang punya trademark tak jadi.
Jauh menyimpang nie. Lihatlah aksi2 pelik yang dibuat oleh kami.
Terutamnya Faiz dan Abg Jali. Kelakar sungguh :)



Mari nyanyi ramai2!!!
Bersemangat sungguh kami menyanyikan lagu Comrade. Sorry to say, 
aku dah lupa lyric lagu tu. Ish2. Kena cari balik lirik tu. Barulah Comradean sejati. Hehehe :)


Dalam hati : penatnya. Bila la nak balik nie.
Aku comfirm sangat ayat2 ni la yang bermain2 dalam minda aku 
sepanjang program. Bukannya tak seronok tapi mengantuk. Yang tau nak tido je. Dengar talk mata kuyu asyik nak terpejam. Nampak kan mukaku yang kecapekan tu? huhuhu :p


Ah ha..masa bergumbira..hahaha
Program dah habis and get ready nak balik. Tapi ada abang yang 
baik hati bagi kelonggaran pada kami untuk berseronok dengan mandi sungai. Sejuk abis la air sungai tu. Namun begitu tidaklah aku menggedik juga untuk mandi. Cukuplah mencelupkan kaki kedalam air yang sejuk tu..hehehehe :)
 

say *cheese* alls..
ambik gambar dulu puas2 baru boleh balik, kata abang photoghrapher.
nampak aku tak? hahaha. Terselit tah kat mana. Korang cari sendiri la..


Itulah serba sedikit story and pics yang dapat aku kongsi dengan korang semua. Nak letak gambar banyak2, kang penuh pulak blog aku nie. Apa-apa pon DRIC ini memberikan kenangan yang manis buat aku. Namun setiap yang manis pasti ada pahit dimana2. Pilu la pulak aku. Aku juga nak ucapkan terima kasih pada seseorang yang memberikan kebahagiaan dalam diam pada aku. Terima kasih. Ok. Jumpa lagi pada cerita flashback aku dengan part 2 dan seterusnya. Sekian. Salam.

Prihatin kah kita?

Salam alaik sahabat sekalian..
Dah lama sungguh aku tak update blog nie kan. Sibuk sikit kebelakangan nie.

Kali ni nak cerita tentang kejadian yang berlaku di Palestin. Apakah tindakan kita selaku umat Islam. Takkan nak tengok je. Tapi kita nak kata apa kan. Siapalah kita nie. Teringin nak tolong tapi nak tolong macam mana. Namun begitu kita tak bolehlah tolong tengok je kan. Kita selaku suudara seagama, marilah berdoa untuk kesejahteraan saudara2 kita di Palestin dan juga sahabat2 yang sanggup menggadaikan nyawa menghulurkan bantuan. Sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa2 serangan Israel yang mati syahid. Subhanallah, sesungguhnya mereka akan ditempatkan di dalam syurga Allah. Amin.

Apa pula tindakan aku?
Harus diakui apalah sangat sumbangan aku nie. Ke takde sumbangan langsung?? Hmmmm..
Ish, takkan takde langsung. Cukuplah dengan mendoakan kesejahteraan semua orang. Nak boikot barang Israel, aku rasa tahi2 ayam je. Jangan makan McD? Selalu je aku menketedarah makanan tue. Aih menda2 macam2 ni, susah sungguh nak tinggal. Tapi sekurang2 aku mencuba mengurangkan penggunaan barang2 keluaran mereka. Sekarang sibuk menggunakan barang2 Malaysia. Bukan ke itu lebih bagus? Menyokong product kita. Sokonglah kempen "Gunalah Barang Buatan Malaysia"..hehehe :)

Mengarut pula hamba Allah nie..
Tatkala menonton berita dan membaca berita perihal kekejaman Israel terhadap rakyat palestin dan serangan keatal kapal bantuan sukarelawan, menitik juga air mata memikirkannya. Tegar sungguh mereka. Tiada sifat keperimanusiaan langungkah mereka? Dah buta hati ke? Adakah menggunakan senjata satu-satunya jalan? Ah, sampai hati mereka menyerang sukarelawan yang langsung tiada senjata untuk membalas balik. Kejam sungguh. Namun begitu aku kagum tatkala membaca satu artikel tentang sukarelawan yang telah membantu askar Israel yang tercedera DI TINGGALKAN kawan mereka sendiri. Lihatlah sendiri wahai tentera. Mereka membantu tidak kira siapa. Inikah orang yang mahu kau bunuh. Sedarlah. Moga Allah membuka pintu hati askar tersebut.

Apakah khabar sukarelawan2 kita di sana. Doakanlah yang terbaik buat mereka. Moga Allah sentiasa melindungi mereka. Moga mereka mampu membantu saudara2 Palestin kita dan seterusnya membebaskan Palestin daripada genggaman Israel. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian. Salam.