Wednesday, July 27, 2011

sakit


Assalamualaikum..

tajuk mestilah kental. Aku tak sakit pon. Saje je nak letak tajuk tu. Hahaha
harini hari yang agak memboringkan sebab takde berjalan kemana2. Tv pun xde cite best sbb astro guna kad lain. Kad yang ada cite best tinggal kat umah ag satu. Esok nak balik dah, so possibility nak hapdet blog memang tipis la sebab line macam cacing dalam tanah. Nan ado..

sakit ni macam2 kan. sakit fizikal ada, sakit emosi rohani pon ada. Sakit mental pon ada. :)
Tadi pagi bosan2 aku geledah la almari buku yang tingginya double aku. then jumpa dengan satu buku ni. baca2 la, uish banyak isi best kat dalam.


ni bukanlah buku medik ke apa. Tapi buku agama. Bagus isi dalam dia. Aku rembat buh dalam beg. Nanti nak bawa balik UIA. Aku baca habis satu buku. Jumpa dengan banyak petua, nasihat dan doa2 menarik. Aku siap jmp page doa mendapat penjelasan hal yang meragukan. Alhamdulillah. Aku ingat sejak 2 3 hari ni, jiwa aku tak tenteram. Banyak sangat persoalan yang mmg nak jawapan. Allah tunjuk kat aku. Kena ada usaha. So ingat nak try la malam ni. Korang pon boleh cuba. Kot2 ada soalan yang pening2 takde jawapan. InsyaAllah, mana tahu dapat jawapan. Kita sbgai hamba Allah kena la cuba kan. 






for this ; sebelum tidur kena ambik wuduk pastu tulis ayat ni atas kertas, lipat then ikat kat bahu kanan sampai la pagi. niat dulu soalan apa korang nak. InsyaAllah pagi nnt, akan timbul perkara yang menakjubkan. 

sape2 nak pinjam buku ni pon boleh, jumpa kat UIA la ye. Hehehe :)

chowwww 

p/s : lagu I Do by Colbie Caillat best kan!!!

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, July 26, 2011

tu cite dulu

Assalamualaikum,


hangpa buat apa hari ini? Aku harini jalan2 shopping. Sebab mak aku kaya harini. jadi haruslah aku menyuruh mak aku membelanja anak kesayangan beliau ini. Haha so hari ini aku dapat la satu sepasang persalinan baru iaitu baju, seluar dan kasut yang semuanya bernilai RM100. Murah jew pon. Pastu tadi petang p amik baju kat tailor. Tup3 baju match dengan kasut. Okay, raya sakan!!!


baju raya tahun 2011




eh, ni pesal cite sal shopping plak kan. hahaha lari tajuk jap. 
Sebenarnya aku nak cite sal perasaan. Eceh!!


aku ni dulu ada minat kat sorang mamat dia. Dulu lu tak lama, mmmm dalam 3 4 bulan lepas. Cite ni baru lagi la. Aku ni minat dia pon tak tahu kenapa. Dia ni bkn love at the first sight la. Sebab aku kenal dia lama gak tapi tak syok pon time tu. Entah kenapa boleh suka kat dia. Aku suka kat dia tapi aku biar senyap2. Aku malas nak beria2. Sat gi jadi lain plak kan. Tapi Alhamdulillah, kitorang boleh jadi kawan. Dia baik. 


Tapi skang aku pening sebab aku tak tahu macam mana perasaan aku dengan dia la ni. Sebab skang aku baik dengan sorang mamat ni MR B, aku rasa aku suka dia. HEHE :p


Sebenarnya biar bagi tahu macam ni la, aku dulu suka kat dia sungguh2. Macam2 aku buat untuk dia. Sampai satu tahap tu aku rasa macam aku ni dah keterlaluan. Dan aku cuba stop, tapi dah terlambat. Dia dah react dulu. So kat situlah titik perubahan terjadi btw aku dgn dia. Kitorang menjauh. Aku perlukan masa dia perlukan masa. So aku bagi dia masa. Walaupun hati aku sakit, aku tahan demi persahabatan kitorang. Dia maybe dah detect perasaan aku, so aku slow down. Aku bgtau kat dia yang aku tak suka dia. Tapi dalam hati aku menangis teruk. Aku ingat lagi, petang kitorang ada conversation untuk selesaikan masalah. Aku ingat lagi apa aku cakap :


' Ko ingat aku suka ko eh? Tak yah la, aku anggap ko macam kawan aku weh"


Ha macam tu la aku cakap. Dengan muka serius tapi dalam hati. Aku tahan air mata. Pas habis, dia blah g solat asar then aku cepat2 g toilet. Nangis sepuas-puasnya. Tapi cepat2 aku berhenti, check kot2 nampak nangis kan. Then dok balik. Dia mai semula, aku buat muka selamba je. Aku macam nak blah time tu, tapi aku pikey yang "i can do it'. Kalau ko nak kawan dengan dia, buat biasa je. So hang on je la.


Dan dari situlah berubah segala-galanya. Seme yang normal dah jadi tak normal. Aku dengan dia dah sangat2 awkward. Sampai aku dah tak leh nak cite apa2 lagi dengan dia. Kalau dulu seme benda kalau boleh aku nak bgtau kat dia. Lepas persilisihan paham tu, aku kalau dok 2 dengan dia je dah jadi macam patung. Aku bisu dia bisu. Kalau makan sama2, cukup la makan2 pastu blah. Aku cuba nak jadi macam dulu tapi dah tak boleh. Aku perasan dia dengan aku memang tak sekufu. Banyak perangai dia langsung aku tak berkenan. Tapi aku cuba nak pahamkan, tapi lama2 aku fedup sebab aku je yang usaha. Last2 aku stop cuba paham dia. At one time, aku cakap kat diri sendiri "apa ko nak buat, ko buatlah. Aku dah tak kisah lagi'


Sebab apa aku cite ni?

 you said that you needed a little time
For my mistakes, 
It's funny how you used that time 
To have me replaced. 
* ni untuk aku. aku yang berubah bukan dia

aku berani nak cite ni sebab aku rasa feeling aku kat dia dah decreased. Macam2 jadi so ia buat aku sebu, bosan. And currently I met with a new guy, Mr. B. Dia baik. Selebihnya aku tak pandai nak describe. Kenapa aku suka B pon aku tak tahu. I just do!.That is what we call LOVE. 

so, cite lama aku biarkan lepas. Aku masih anggap A kawan aku. Or adik lebih tepat. Last aku mesej dia malam semalam. Okay je. And aku dah ubah pronoun aku bila mesej dgn dia. Aku dah guna 'aku' 'ko'. Even no dia aku dah del. Just simpan dalam notebook. Aku pokey dalam 2 bulan ni aku tak nak mesej dia tapi semalam aku tergerak hati nk mesej dia. Merapak cari no fon, pastu pkey topik nak bincang. Baru mesej beberapa dah stop. aku malas dah. Entahlah, i need more time. And aku sure dia takkan pernah perasan apa yang berubah sebab dia tak pernah ambik tahu. Kalau dia suka aku pun, nak aku cakap kat sini, maybe dah terlambat. You lost me already.Tak pelah wei, aku stop kat sini. Apa2 pun we still we are friend okay!!

A, I hope that one day i can tell u bout B later. Give me the courage!!


p/s : i still love you. 40%

by :
Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

gambar je

Assalamualaikum.


Hari ni malas nak tulis panjang. Nak share gambaq je dengan korang. Tadi buka email. Dapat satu email ni, syok content dia.So nak share la dengan korang. 











by Ima Ramli


Monday, July 25, 2011

people i love the most

hai Assalamualaikum..


last entry aku cite pasal first love, this time nak cite pasal depa yang aku sayang sungguh2. Sepanjang aku hidup kat dunia yang fana ni, ramai orang kat sekeliling aku. Ramai orang yang aku sayang. Nak tahu sapa depa? Depa2 kat bawah ni lah yang telah mewarnai hidup aku yang indah ini. Amboi ayat! 


1. My mom - mak aku la orang yang paling aku sayang. Aku sayang ayah aku gak tapi ayah aku dah takde so mak aku lah segala-galanya bagi aku. Of kos la kan kadang2 suka gak melawan mak cakap tapi still mak la angel aku. Tanpa mak siapalah aku didunia ini kan.. Sob3. Love you mom!!

2. My family - depalah yang selalu ada disisi aku saat suka dan duka. Ini include angah, adik, wan, pak cu, pak lang, mak ngah, pak ngah, padil, anis, aina., ain, pak cik, mak cik, baby huzaifah, mak jang, pak jang. ( abis tulis seme). Time takde duit depa la yang tolong. Mekasih!!

3. BFFs - depa (Atie, Ira, Jee, Mimi) nilah yang selalu ada disisi aku gak. depa ni tak pernah bosan dengar aku cite. Bila aku sedih or happy depa ni la yang selalu bagi kata-kata semangat. Even kadang2 ada gak yang menaikkan darah tapi resam la kan, mesti ada gaduh2 sikit baru lagi sayang. Love u all :D

4. Soulmate - soulmate aku 'mister'. Dia ni pelik sikit. Pelik la dari orang. Susah nak paham dia ni. Tapi aku suka kawan dia. Dia bukan boypreng aku ye. Dia adalah manusia yang senang nak minta tolong tapi kadang2 ada gak time aku rasa nak baling kasut kat dia. Overall dia ni baguih la. Sayang dia sungguh2.

5. Crush (MR. S) - tak tahu sayang takat mana tapi sayang la gak. Aku suka dia. Tapi sayang mungkin dlam 20 % baru. Tengokla kot2 ada progress ke. Still sayang awak :)


Ha, depa ni la pengarang jiwa jantung aku. Aku kalau sayang orang memang akan buat apa saja untuk depa. Takat mana aku mampu nak tolong, aku tolong. Tak tahu la hidup aku camna kalau depa ni tak de. Huhu


People yang aku benci??


Of kos la ada, gila la kalau aku cakap takde kan.


- the bitch, the mistress, the hypocrite, the double ugly face -


depa kat atas la yang aku tak suka. bukan la benci tapi tak suka sangat. Kalau boleh jangan la depa ni muncul depan mata aku, menyampah sungguh la. Nama depa? Toksah tahu nama la. Yang aku bagi tu keyword la. Paham2 la hangpa sendiri ye. 


Takat tu je la. Nanti cite lain. Chowwwww


ni Bella Hanis post kat wall aku. Dia cakap ni khas 4 aku n my soulmate. Tq dear :)

gambar xde kena mengena.Aku kan catlover :p

Sunday, July 24, 2011

cinta pertama

Hai alls..


tadi masa dalam keta nak balik ke umah aku, dengar radio. Depa dok cite pasal "cinta pertama" or omputihnya "first love". Aku rasa topik tu menarik, so aku pun ingat nak cite sikit la sal tajuk cintan cintun ni.


cinta pertama tu apa?


entah, aku nak explain aku bukannya pandai sangat. Yang aku tahu based what i understand is first love ni ialah when u love or like a person for the first time. Cinta pertama ni kau akan ingat sampai bila2, even kau dan ada cucu. Macam tu la yang aku paham. Ikut korang la definisi first love korang camne. Aku kompen seme orang mesti ada first love kan. Tipu la kalau cakap takde. Aku sepak ko kang!


Cinta pertama aku sampai skang aku ingat lagi.Susah nak lupa. Bukannya apa, aku ingat aku suka dia from form 3 until form 5. Nak kata cinta monyet pon boleh kot. Yelah, budak-budak lagi time tu. Bodoh lagi orang kata. Orang la kata, aku rasa aku pandai. hahaha :D
Cinta pertama aku adalah cikgu sekolah aku dulu. Nama dia toksah tulis la. Bukan hangpa kenal pon kan. Siyesly aku suka dia lama dari form 3 sampai form 5. Sampai skang pon aku kadang2 ingat dia, boleh mimpi dia lagi. Aku tak tahu nape aku suka cikgu tu. Tak kisah pon sebab kenapa. Tapi entahlah, dia maybe dah tak ingat aku tapi aku dengan dia rapat dengan dia dulu. Aku suka g bilik guru sebab nak tengok muka dia je . Dia pun suka dera aku panggil g bilik guru suruh ambik buku. Dia sangat baiklah. Maybe sebab tu aku suka dia. Aku ingat lagi dulu, time form 4 pas PMR aku dapat kelas 4 Sains 2, pastu dapat tahu yang dia ajar subjek BM kat kelas 4 Sains 1. Sedih nak mati aku time tu sebab tak dapat belajar BM dengan dia. Ada satu hari tu, sorang cikgu ni cakap kat aku yang kelas 4 Sains 1 tak cukup students so dia nak masukkan aku dalam kelas tu, dia tanya aku nak tak. Lama aku pikir nak ke tak. Mula2 aku macam nak g sebab semata2 cikgu tu ngajar BM kan, tapi tah la kenapa, akhirnya aku buat decision tak nak join. So in that year, aku kurang la dapat mengusha cikgu kesayangan aku tuh. Tapi aku tak putus asa, kelas aku sebelah je bilik guru. So setiap pagi aku akan menempek kat koridor nak tengok cikgu tu mai. Hahaha sakan gatai aku dulu. Tapi best sebab kalau aku nampak dia, aku bagi salam dia jawab pastu senyum kat aku. Ok, pengsan time tu. 
Pang!!!(gatal nya ko ni :p). Go on la setahun tu. Tapi time form 5, tuptup dia ngajar kelas aku la. Before tenure form 4 aku abis, aku dah dengar yang cikgu lain dah kompem ngajar kelas 4S1 tu so aku rasa memang cikgu kesayangan aku tu je la yang akan ajar kelas aku. Seronok jap ase. then, memang betol dia ajar BM kelas aku. The moment dia masuk kelas aku, aku senyum je sepanjang kelas. Seronok abis la. La ni  
umur aku 22, tu kisah time umur 16, 17 tahun. Sampai skang aku ingat lagi. Aku pun tak sure cikgu tu ada lagi tak kat sekolah aku. Tah2 dah pindah. Aku still ada no dia kalau dia tak tukar lagi la. Dia pon dah kawen, isteri dia okay je aku tengok. Aku selalu doakan kesejahteraan dan kebahagiaan cikgu. Sebab dia la salah satunya aku berjaya skang. Terima kasih cikgu :D


Haiiii memang indah zaman dulu, zaman budak2. Zaman sekolah la zaman paling manis aku alami. Kalau di bagi chance nak balik zaman dulu, time sekolah la aku pilih. Tapi life must go on kan. Aku skang pon bahagia dengan hidup aku. Aku pun dah jumpa cinta hati yang aku sayang :p


Ok la, tamat la disini cite aku. Nak p semayang Maghrib.
Chowwww :p


aku time sekolah dulu. Pelik!!


Monday, July 18, 2011

melancong ke program :p

Assalamualaikum alls,

Hai lama kan aku tak update blog ni. Ceh, seminggu je pon.

Ah ha! Aku sebenarnya tak sempat nak update sebab busy dengan prog. As yang aku bgtau kat last post, aku kan g Sandakan  berprogram selama seminggu. Fuhhhh, mantop abis la program ni. Aku memang seronok abis. Tak pernah aku rasa seseronok ni  join program. Sampai aku rasa tak nak balik pulak. 

Korang nak tahu ke apa aku buat kat sana? ßtanya macam ramai sangat je follower ko kan..ahahaha :D

Aku g Sandakan ni atas nama MISI Club, salaj satu kelab yang aku join kat UIA tercinta ni. Program kali ini adalah Educational Hearten Camp yang dibuat kat SM Agama Sandakan. Macam yang aku cakap kat entry lepas, aku dan kawan2 gerak ke Sandakan pada hari rabu 6 July 2011. Flight kitorang pukul 645 direct to Sandakan. Sampai Sandakan pukul 1000 la lebih kurang. Kat sana dah ada member yang jemput. Dari airport pergi ke Kompleks Sukan Sandakan. Kitorang tido kat sana semalaman before gerak g SMAS for program. Budak2 kat SMAS ni comel2 belaka. Dorang ni ada yang talkative ada yang malu lebih2. Macam-macam perangai la ada. Tapi memang seronok giler layan budak2 ni. Tu yang time nak blah dah abis program, sebak je didada. Eceh!

Abis program kat sekolah ni, kitorang terus dibawa ke kg Bokara. Kampong ni kampong akak senior aku. Dia la yang cadangkan buat program anak angkat kat kampong dia. Kitorang okay je. Kampong dia atas air laut okay. Aku seronok abis. Ko ada? Takde kan..hahaha mak aih riak nya aku!

Aku dapat foster family yang sangat best. Sayangnya rumah aku ni xde la atas air sangat sebab dah kat tepi dekat dengan tanah besar kan. Kalau nak nampak air bawah rumah, bangun subuh dapat la tengok. Rumah aku ni memang syok. Mula2 tengok kan,kat luar nampak macam buruk je tapi kat dalam, fuh macam kondo kau. Bilik aku siap ada aircond. Wifi lagi ada. Ko ada? Nan ado..bangga jap aku dengan kawan2 yang lain. Jeles je bila tau rumah aku ada aircond and Wifi. Sorang kawan aku siap nak tumpang ‘berry’ lagi. Wah over betol.aahahaha. jangan marah ye cik Bella :p. aku dok kat umah ni syok2 pon segan pon ada. Mau taknya, layan macam VIP. Mummy aku siap basuhkan baju,lipatkan baju lagi. Makan dah terhidang atas meja. Keluar je dari bilik terus tarik kerusi suruh aku makan. Makan dihidangkan, dah sudah makan aku nak angkat pinggan pun tak bagi. Punyalah layan tetamu kan. Seriously aku segan nak mati. Malam tu aku tido awal sebab mengantuk dan penat sangat. Yelah 3 hari buat program tido pun tak tentu. Aku rasa paling lama pun tido ialah 4 jam. So dengan bilik yang beraircond tu kan, memang la aku tido mati sampai subuh.hehe :p

Esoknya pada 11 July, selepas subuh je around 7 pagi tu dah kena berkumpul kat balai raya sebab nak g Sepilok orang Utan. Sape la yang nak g melawat sedara ni kan. Ahahaha :p. Sampai kat Sepilok, ada tengok video sikit pasal Orang Utan ni. Aku ingat Orang Utan ni takde nama omputih tau, tapu rupanya-rupanya ada. Nama omputih dia adalah ‘Man of the Forest’. Tu dia mantooppp!!. Abis tengok video, terus p.i.c bawak p tengok orang utan tu sbb time tu depa tengah makan. Fuh, 1st time tengok orang utan.
Ada cite lawak time ni. Kitorang punya advisor join kitorang sekali tau. Masa tengah dok asyik tengok orang utan tu, tiba2 dia jerit ‘ tu tengok anak orang utan’. Banyak kali kot dia jerit, excited. Yang kitorang ni pun macam nak amazed la kan, fuh comelnya anak dia. Tup2 padahal yang disangka anak orang utan adalah si kera. Ya Allah, malunya tak terkira. Aku macam nak gelak guling2 kat situ tapi tak sampai hati plak. Simpan dalam hati je la. Gelak skang la, aahahahahahahahahahahahahahahahaha :D ok siap!

Abis tengok orang utan makan, depa ajak p jungle tracking. Alamak, aku time ni dah terkezut sbb langsung tak prepare nak jungle tracking. Aku memang lupa abis la ada jungle tracking dalam tentative prog yang dorang bagi tu. Kalau la korang nak tahu, even so aku join gak jungle tracking tu despite of time tu aku pakai blause labuh, jeans and sandal with face yang bermake up. Aku rasa macam orang Bandar yang sesat kat dalam hutan. Haha mantoppp!! Apa-apa pon, jungle tracking tu memang hebat giler. Berpeluh-peluh gak la aku. Seronok abis!!!

Lepas tu p makan free kat restoran ayah kak senior aku pastu depa bawa kami p jalan2 kat Bandar Sandakan. Aku shopping sikit je sbb dorang bagi masa 45 minit je. Huh! Mana dan nak beli barang sakan oitt.. takpe2 sebab esoknya depa bawa lagi kami g, aku shopping sampai muntah. Eceh. Malam tu kami g makan steamboat kat satu restoran ni. Makan? Tak makan pon. Sebab kedai tu kedai cina n dorang serve arak, pork aku tak sure. Malas nak pikey panjang2 so ambik keputusan tak nak makan beria2 sangat. Aku telan satu meatball, aiskrim n 2 tembikai. Air mineral beli sendiri. Pastu lapo, aku telan cadburry. Tu pun share dengan kawan2 sebab kesian tengok depa lapar. Ni nanti aku cite lain. Entry ni positif je. Yang negative aku buh lain. Oraitttt.

Aku balik dari ke KL balik on 12 july 2011. Flight kul 9 malam. Selamat sampai kul 12 gak la. Smpai uia kul 2 pagi. Skang aku dah selamat ada kat umah, tengah menambah berat yang memang sedia berat. Giler..

abis shopping

aku, kak masyi dengan foster mom masing2 :p

bergambar lepas abis program kat SMAS

aku dgn ita kat kg Bokara, nampak tak air laut tuh ...

kat sepilok

depan asrama KSS

bajet fotographer pro la kunun :p

kenyang pas makan free kat rest ayah Kak Bell
Ok chowww la for now..t cite lagi.

Tatatatata


Wednesday, July 6, 2011

pagi

seriesly tajuk entry takde kena mengena langsung dengan apa yang kau nak tulis. Mungkin sbb skang ni pagi kan so aku bahan je tulis. Currently aku kat LCCT dengan member2 MISI, jap ag nk gerak pergi Sandakan. 

Apa aku buat skang?

Hmm tgh online FB pastu update blog sambil makan McD..huhuhu
Aku nengok ramai orang tido tapi aku xde mood pun nak tido. Maybe sbb aku dah tido kat dalam bas tadi jap. Ok lah sikit aku rasa. Xde plak mata kau ni rasa nak menutupkan matanya. Tak pe lah nnt dah sampai kat sana, aku tido la.


Tadi before pergi, kitorang ada final touch dulu. Biasalah kan nak dengar juga apa2 update yang terbaru kan, Kang kau merapak sorang2 blur kat situ. Ceh, macam la aku dengar sangat. Aku sambil2 orang dok bercakap bagi update aku sempat lagi baca Mastika kat situ. Haha nan ado la ekau. But still multitasking aku, sambil baca sambil dengar sambil tulis. Ha amacam? Hebat kan..hahahaha :D

tulisan cakar ayam. Ni nak buat report. tapi macam ada can tak paham je nnt :p


yeay, aku dah dapat nametag aku yang comel tuh..ingat dah tak dapat sebab aritu dorang kata nak bagi badge je. Tapi hehe last2 dapat jugak tag ni. Bertambah la koleksi tag aku.

Tiba2 ngantuk. So?

tatatatata <3

Tuesday, July 5, 2011

aktiviti aku hari ini

assalamualaikum...


nak tahu apa aktiviti aku hari ini?
lepaking kat Caunselling Services Centre IIUM.


hahaha seriesly xde keja. Best dow dpat lepak and on9 sampai muntah kat sini. Aku dah ada ada kat sini almost a day dari pukul 11 pagi tadi. Semua staff kat sini outstation, so tinggallah madam kesayangan aku sorang2 kat ofis. So pagi tadi dia kol aku suruh datang ofis temankan dia. Bosan katanya. Aku pun tak sampai hati nak biarkan madam sorang2, aku pun datanglah. Daripada aku tak buat apa2 kan, baiklah aku datang jadi staff tak bergaji harini. Madam aku pregnant so kesian kat dia, dia pun tak larat kan. In case jadi apa2 kan, risau jugak aku. Ceh, prihatin betol kau.. :D


online sampai muntah

dapat tengok tv..hehe

ofis CSC

bila xde orang, Aku yang heaven :D


Ni aku nak cite pasal pagi tadi, pagi tadi aku g check out room and check in LIDV. Yang aku bengangnya depa bagi aku bilik lain la plak. Awat tak bagi bilik sama je. Dah la tu p hold matric card aku plak. Bila aku minta, dia kata aku kena bayar RM10. Dasar... Memang tahu nak ambik duit orang je. Ish geram betol. So terpaksalah aku balik bilik kemas2 seme, masukkan bantal dalam loker and ada baju yang tak basuh dalam baldi letak dalam loker gak. Lantak la, nnti bulan 9 la aku basuh. Adoiii teruk betol!!!


yeay...malam ni aku dah gerak g LCCT. Pagi esok gerak g Sandakan. Oh ni satu masalah. Head aku pesan bag kena 7 kilo je. Tapi aku rasa bag aku dah macam 20 kilo je. Giler ah, macam mana aku nak kurangkan ni? Bag tu saje aku rasa dah lebih 5 kilo. Tengoklah macam mana aku mengerjakan balik bag tu nanti. 


p/s : rindu mamat lahabau tapi benci!! ;(

Monday, July 4, 2011

preparation

Hai and hoi ( baik bagi salam,,Assalamualaikum )

skang aku tengah serabut kemas2 barang nak g Sandakan, Sabah. Pening aku nak pikir baju 
mana nak bawa. This time program buat kat sekolah agama, so ketua Dakwah pesan suruh pakai baju kurung, so banyak la baju yang aku bawa. Yang susahnya, aku kena cari baju kurung yang match dengan tudung arianni aku. Senang sikit, tak yah gosok2 bagai..hehehe (cakap je la ko malas)

Aku dari tadi dok kemas2 barang dengan bilik sekali tapi tak tahu kenapa asal aku toleh je aku rasa bilik aku makin serabut. Makin bersepah. Kau kemas ke kau sepahkan ha ima?. Adoii lantak la..

kesepahan yang melampau. :p

Iklan jap :

"Aku xde mood nak kemas2 lagi sebenarnya sebab aku bad mood tadi gaduh dengan mamat lahabau yang suka sakitkan hati aku. Belum deal dengan b*****s yang suka nampakkan diri baik dan pandai padahal memang b*****s kan. Hari ini hari marah terlampau aku, sampai tadi time aku lepak dengan member MISI, si Kerry boleh tegur yang FB status aku emo je. Huhu malu okay, dah la dia subscribe status FB aku through Celcom SMS. Memang sah2 dia dapat update FB aku dulu dari orang lain. (malu2)"

Abis iklan.

Flight aku pukul 6.45 am 6 July 2011 dari LCCT ke Sandakan. Tapi malam esok, kul 12 aku dah kena gerak dari UIA sebab bas UIA yang hantar. So macam biasalah, aku akan bermastautin kat airport la jawabnya. aiyaiyaiii. Risau pulak aku macam mana progress program ni. Ni adalah first time aku join program sebagai orang penting. Right wing aku kali ini as a S/U. I hope that this program will run smoothly. Amin..

*perlu ke aku bawa laptop sok eh?rasa mcam nak update je kat airport nanti. Hmmm :)

Chowwww <3




heran

ok aku memang heran dengan manusia yang jenis tak sedar salah sendiri ni. pastu nonong je nak salahkan orang. Konon nak nampak macam kau la baik dan dewa la. Orang lain seme jahat. Kau je baik.

Heran...heran

Contohnya la kan. Kau tanya kat kawan kau kenapa kau tak nak kawan dengan aku lagi. Takkan kawan kau nak cakap 100 alasan kenapa. Kang terasa hati plak. Kau tanya kenapa orang jauhkan diri dari kau. Kau perasan tak kenapa? Kau sedar tak perangai kau yang mcam cibai tu, kutuk2 kawan sendiri, perli kawan sendiri. Heran...heran

Pernahkan satu minit kau ambik masa pikey balik kenapa semua benda jadi? Kenapa orang jadi lain. Tak Payah nak menyalahkan orang lain. Perangai hipokrit tak tahan lama beb, orang boleh detect. Kau ingat dorang tu bodoh ke? Ke kau yang bangang tahap dewa dewi.

Dah,,takat tu aku tulis. Terima kasih. Aku nak buat marathon tulis entry. 

chowww :D

Friday, July 1, 2011

makan makan bday Cik Rara

hai and hoi..


aku happy sebab exam dah habis. Tapi tak dapat nak blik umah jumpa mak tersayang sebab aku ada prog kat sabah 6-12 ni. So kena la bermastatutin kat UIA ni dulu. Nanti dah balik aku cite la pasal tu.


This time aku nak cite pasal kitorang makan2 sempena birthday my BFF, Cik Ira. Bday budak tu 29 June 2011 aritu. Malam bday dia aku, Cik Atie dengan rum8 aku dah hambur bilik dia nyanyi lagu n bagi budak tu makan kek banana choc. Tapi, malam tu tak dapat nak celebrate beria-ria sebab esoknya kotorang ada paper Arabic Language. 


So the next day, yakni 30 June 2011 after kitorang exam lebih kurang dalam pukul 6 camtu kitorang together dengan geng2 PEERS yang lain plan nak g celebrate bday dia kat mana2 la. Then kitorang decided nak g makan kat Le Chateau de Puah dekat area2 Setapak. Makan2 pastu sembang2 sikit. Pastu blah. 


Eh, giler pendek cite aku. Ye, aku dah dilanda simptom otak kejang tak tahu nak cite apa. Hahahaha :D


Cerita melalui gambar pun boleh kan?


sape tah ambik gambar ni. Xde motif pon. Nak tunjuk Le Chateau de Puah kot.

Kek Banana Choc yang kitorang bagi kat Ira. Nyum3

Ni la bday girl (baju merah)
Dah nampak macam bawa xtra bag je. Kikiki :p

Bday girl bajet comel :)

muka2 yang tengah semangat nak makan. Sampai confuse tengok menu

Si Nik Fakhriy (bj Putih) ingat dia comel kot buat macam tu..hahaha :D

aku dan atie :)

Muka masing2 dah kenyang


Terima kasih :D

Chowwwww <3