Friday, January 6, 2012

explanation

salam

korang ada baca pasal last post aku tajuk benci.

aku tak sangka plak benda yg aku tulis tu akan jadi benda besar. Ini sebab pagi td, my fren texted

' ima, kenapa cakap mcm tu. Xbaik tau. nanti ada orang terasa la. Jangan la kutuk2 orang'

Seriously, jujur aku cakap time tu xde pon emo2 bagai. It just sebab aku bosan n cari something untuk tulis. Pastu aku ada dgar rum8 aku cite something pasal benci2 ni, so aku main tulis je la. Jujur aku cakap aku tulis xde refer pada sape2. Tapi kalau ada yang terasa aku MINTA MAAF sungguh2 dr hujung rambut dr hujung kaki.

Pada aku, semua orang ada traits atau benda yang dia benci. Sama la macam aku. Mustahil la kau suka je sene benda kat orang tu kan. Even kawan kau sendiri. Apa ingat malaikat ke nak perfect bagai. Aku pun 100% sure ramai yang tak suka dengan perangai aku. Aku terima sebab normal la kan. Tapi jangan jadi alasan nak menghentam orang. Sila tanya empunya badan dulu kalau nak menghentam.

Aku rasa apa yang aku tulis tu kawan aku ada yang dah tahu macam Atie n Ira. Aku ada cakap je kat dorang apa yang aku tak suka. Apa yang aku tak suka pasal apa dorang buat ada je aku cakap. Sama je macam yang aku tulis tu. Tak tahu la kalau dorang terasa ke apa. tapi aku cakap benda yang betol.

Bukannya aku ni tak boleh terima nasihat tapi aku rasa sebagai kawan aku kena cakap, buat apa simpan dalam hati. Kang ko kata aku plastik plak. Aku rasa bila dah selesa sebagai kawan, masa tu la kau nak bgtau dengan jujur. Tapi kalau ada yang terasa, series aku minta maaf. Xde niat langsung nak kecikkan hati sapa2. Kalau ada yang terasa tu lupakan la, memang tak sengaja, Kalau terkena batang kepala aku minta maap.

Terima kasih kepada Sasau yg tegur aku.

Oh btw, sebenarnya ada cerita disebalik kisah benci aku tu. Yakni yang pasal bajet innocent and pinjam barang tu.

Korang harus paham ye 'bajet innocent' ni bukan la blur or TBS (ni ira je) tau. Ni yang memang bajet innocent punya. Memang tahu la kau ni berpura2. Ceritanya macam ni ;

3 hari lepas, ada seorang minah ni mesej aku cakap nak pinjam external jap. Aku tak kenal sangat tp sbb dia kawan dengan kawan aku, so aku bagi je la. Bosan kata dia. Xsampai hati lak aku kan. takkkan nak cakap tak boleh plak kan. Eventhough sebenarnya aku pun tengah bosan gak sebab ada gap seminggu exam.

Aku cakap kat dia external aku tu infected virus so xpe ke? Dia cakap xpe je. So aku bagi je la pinjam external aku kat dia. Then malam tu dia pulangkan. Masa pulangkan muka ceria je baik je. Senyum3. Aku kan bosan so happening la sikit dh dpt blik external.

Tapi masa aku open external aku, tiba2 KOSONG!!

KOSONG ok..sekosong-kosongnya..

aku dah hangin. Aik kenapa kosong. Aku mesej dia tanya kenapa kosong. Lama tunggu dia reply.

pastu dia reply 'eh lupa nak cakap, masa saya buka mmg dh kosong'

Hek eleh, geram nya rasa di hati tak terkata. aku syak dia ni mesti scan virus ni pastu p delete. Tu yang hilang seme tu. Adoi la bukan ke aku dah cakap dlmnya ada virus so kalau kau scan memang la delete. pastu satu lagi, aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak paste folder dlm tu. Lama aku menggodek itu ini akhirnya dapat gak copy n paste.

Then esoknya, aku g bilik member sebab nak kena collect balik la cite yang dah hilang seme tu. Dia ada. Dia siap tanya ' Eh, nak ambik movie ke'

Aku pun jawab 'hmmm' je la. Eish budak ni seriusly boleh buat bajet innocent tp somehow aku nampak dr mata dia macam cuak je bila aku datang. Nampak sgt salahnya. Aku tanya la dia betol ke masa aku buka memang kosong. Dia cakap ha ah kosong. Tapi aku rasa bodoh pun ada sebab seingat aku masa dia mesej aku, aku tgh tengok cite Spy Myeongwol tau. Elok je ada dalam external aku. Masa aku eject pun, aku sure memang ada cite kat dalam. Fikir lojik la, xkan aku nak bagi external kosong kat ko. Kau ingat aku bodoh!!

Tapi, aku terima je la. Dah benda tu hilang. Kalau aku marah pun bukan boleh dpat balik. Yelah, maybe terjatuh or aku terlanggar kuat sampai hilang isi kat dlam. Positip2!!

Lantaklah, nsib baik ada cite yang aku tak tengok lagi dalam laptop. Dapat la jugak mengisi masa lapang. Tapi apa la sangat. Skang ni kan musim panas kat Gombak ni, so aku 2 3 hari asyik lepak kat lib je. Sejuk sikit. Rasa macam nak tido kat lib pun ada. Ceh, over ..

Ok.Bai

salam

terima kasih sayang :)

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, December 20, 2011

gila

Minggu ni minggu final before final exam,

ingat oleh relax 

tapi hampa

sebab esok ari rabu aku ada presentation error, class test IsLit and quiz arab

rasa macam nak lari dari UIA ni sekarang

nak tinggal semua 

dan bersenang lenang kat rumah

tapi tak boleh

TANGGUNGJAWAB perlu diutamakan

moga segalanya berjalan dengan lancar.

Amin :)

Tuesday, December 13, 2011

ambik kau!!

bila aku rasa KEBODOHAN DAN KEBANGANGAN TAHAP DEWA kau tu menyusahkan kawan aku, nilah yang aku rasa nak sangat2 buat kat kau Bitchhh!!!


klik pada gambar untuk lebih aksi :)


terima kasih daun keladi. 
pasni buat lagi,
memang aku sumpah kau jadi ***i
(baru rhyme )

kisah sabtu

hai


siyesly aku memang xsabar nak tnggu sem ni abis.
Ya Allah azab betol ase sem ni.
seme subjek susah untuk aku bawak. 
tapi masih bertahan.

tiba-tiba je intro emo gitu
menyampaahhhhh..

ok lah, sebenarnya nak cite pasal event yang aku p ari sabtu ritu

ari sabtu bersamaan 10 Dec 2011, aku n besties from PEERS ada joint satu event kat Dataran Merdeka. which is event ini dipanggil "KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA". 

program ni last minute sebenarnya. member aku Kay dapat tahu hal ni from assistant director CSC Bro. K 2 weeks before but he forgot to mention to us. The day yang aku, Atie, Ira, NikFakhriy lepak dengan dia kat HS cafe baru teringat nak bgtau. Tu pun esoknya last day confirmation. Sengal betol dak ni. Tak ke jadi kelam kabut menatang tu. Udah dia bgatu, dia pujuk2 nye kami suruh g. So kami pon setuju lah. Lusanya buat miting, bgtau kami kena buat Sepanduk or Banner pasal keselamatan jalan raya. Cis, hotak kau. Miting ari Selasa. nak g ari sabtu. Then seme sibuk dengan assignment n keja2 lain. And the only day yg kami availabe is Friday. Oh no,no,no. Aku tak sanggup nak memenatkan badan aku dengan keja wat banner last2 minute. So during miting tu, all members decided that, if keja wat banner we all tak g la. Kay promised nak p CSC tya blik dgn Bro K, how.

And the next day, he told us that it all settled. Tak wajib pon buat banner tu. Kitorang boleh je pergi without bring it. Ok,settle hal itu.

So, pagi2 subuh which is 6 am, kitorang seme dah terpacak kat mainstaircase tggu bas. Oiii sejuk betol pagi tu.Gerak dari UIA kul 630 smpi around 650.Time tu dah ada orang tapi tak ramai sangat. Around 715 we all p register nama kat kaunter, then dapat bags and t-shirts. Wiiihoooo, aku suka baju dia. Sangat nice compare dengan baju PERSIS UTM, hakptuih betol baju. Tapi baju Kempen ni nice, mak suka nyahh..

before start perarakan, ada aerobik sikit. Gedik sana, gedik sini, abis. Pastu dengar orang tu orang ni cakap, then start la kitorang punya perarakan. We all jalan ramai2 dari Dataran Merdeka ke Maju Junction (bak kata MC la, aku bukan tau jalan KL derr) then patah balik ke Dataran Merdeka. Berapa KM aku pon xtau. main jalan je. Sambil jalan2 sambil sembang2 dengan Besties Ira. Merapu apa tah, aku pun tak ingat. the best part is bila kau berjalan kat tengah2 jalan ok, then ada polis yang cover kau kat tepi. Jaga keselamtan kau, kang2 tak pasal2 kiok kena langgar lori. Nayo. Tapi, uish megahlah rasa, dah macam ape je,jalan2 kat tengah2 jalan KL ni. Ko ada? Xde kan? Muahahahahaha :)

Sampai aku teringat kata si Kaer ' Aku nanti boleh ckp kat anak aku ' Ayah dulu pernah jalan kat tengah2 jalan KL ni tau'".hahaha, bangga kan. 

Penat jalan, depa bagi makan. Tapi aku tak makan sangat just minum air je. Sudah makan, lepak bawah kanopi jap pastu ada ikrar keselamatan jalan raya. Weh,aku dah ikrar so pasni takleh nak langgar peraturan  lagi la. Ala, dah la aku ni minah rempit. Camno?

then,dengar MC buat cabutan bertuah. Member aku Kirah dapt cabutan bertuah, menang Helmet kau. Hahaha :) Habis cabutan bertuah, selesailah program. Yang untung nya, program ni under kerajaan so reward dia megah sikit. Semua participants dapat free KFC derrr. Fuiyooo, mantap habis. Jimat duit aku, toksah beli KFC. kenyang,,Burrpppp:)

Supposedly prog kata abis kul 3 pm, tapi kul 11 dah selesai. So, dengan gembiranya kitorang pun balik UIA. Sampai UIA, aku tak blik terus. Kitorang gigirls aku, Atie, Farah n Ira g Wangsa Walk jap, teman Farah beli balloon n cake for surprise party untuk kawan dia. And Atie pon ada benda nak di settle kan. So jalan2 jap, makan2 sikit, pastu baru balik UIA. Aku so far dah penat sebenarnya, jadi tak dapat join Farah n others at suprise tu. Aku balik bilik, solat terus tido sampai Asar. Then petang tu, Pak cik aku mai ambik balik bentong. yelah, kan Selangor cuti smpai Isnin. hehehe..lepak umah sampai selasa pagi, br balik UIA.

Yipppieeee, great weekend.

And btw, lupa nak bgtau aku dah habis tenure 2010/2011 for MISI Club. But then dorang still choose me untuk teruskan job. So far, aku masih berkhidmat untuk MISI. At first macam tak tahu nak terima ke tak, tapi setelah dipertimbangkan, tanya sana, tanya sini, akhirnya keputusan aku muktamad. Aku terima offer tu, and hopefully i can do better than before. Congratz tu my lil bro Ajib yang ditabalkan menjadi Presiden. Tak mau jadi macam budak2 ag ye adik. You can do it. And all the best for all new tenure. <3

Love : Ima Ramli



ira, kirah, farah, me n din

eleh kau. seronok je muka. tengah jalan ramai org blh le,ce sorang2, xdapek. muahaha
(ira yang penakut nak lintas jalan ) :p

tumpang ambk gambar jap. ceh, giler ayu *pang*