Tuesday, June 8, 2010

Memories's Flashback Part 2 (POS LEBIR)

Assalamualaikum kawan2..

Selamat datang sekali lagi ke site aku. Terima kasih tak terhingga pada semua yang sanggup mengorbankan dan menghabiskan sedikit masa dengan membaca blog aku ini. As you all know, last time aku dah share 1st part memory aku dengan korang so this time is part 2. Pert 2 ni, aku nak share dengan korang tentang pengalaman aku masa join Program Masuk Kampung under COMRADE. Program ini diadakan pada 11-17 April 2010 di Pos Lebir, Gua Musang Kelantan. Sedikit sinopsis ye, program ini adalah program yang memerlukan kami untuk mengajar ilmu2 agama seperti ilmu Fardhu Ain kepada penduduk orang asli yang beragama Islam disana. Program ini juga boleh dikategorikan sebagai community service. In my opinion, aku dapati yang program seumpama ini sangat bagus. Seminggu aku disana, aku telah mempelajari banyak perkara baru dan ada serba sedikit ilmu yang dapat aku kongsi dengan kawan2 dan penduduk orang asli di sana. Ia juga telah membuka mata aku dalam sesetengah perkara. Walaupun ada sedikit horror experience namun begitu aku terima dengan hati terbuka as orang tua2 kata 'dah rezeki'. But I cannot mention it here ok. Overall program seumpama ini sangat menarik minat aku. Even this program is my 1st time, aku rasa sangat menarik dan aku sangat teruja untuk join program akan datang. So hope u guyz enjoy the pic. I will explain further in the caption ok. 


* Tengah tunggu bas sampai. Snap gambar dulu apa2 pon*



* Sampai sudah kami di Kelantan. Sekarang kami memunggah barang2 dan menunggu ketibaan trak yang akan mebawa kami masuk ke dalam kampung *


*  Time ni kami dalam trak nak ke Pos Lebir. Gambar blur kan? Tu disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk sampai kami terlambung2. Sakitnya badan aku tak dapat nak cakap. Duduk seksa cuba bayangkan orang yang berdiri..huhu *



* Ni masa kawan2 aku tengah ziarah family angkat dorang. Sayangnya aku tak diberikan keluarga angkat kerana aku telah ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan daerah dapur dan menjadi assistant chef yang tak berbayar :p *

* Menari denganku?. hehe. tengoklah abang2 aku menari sewang dengan orang kampung. Untuk program ni hanya lelaki yang dibenarkan menyertai sewang. For girlz 'No Sewang' warning dah diberi. Kenapa? Ada la sebab yang tertentu dan untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Malam yang hebat. *


 * Malam last post mortem kami. Untuk pengetahuan semua, kami akan buat post mortem setiap malam. Tak suka time ni coz ada sesi air mata. I tak suka emo2 nie. *peace*. As aku mentioned b4, malam ni la malam kejadian yang membuatkan aku tak senang duduk. :p *


* hari terakhir dan tibala masa untuk pulang. Apa2 pon ambik gambar dulu sebagai kenangan kita bersama. Aku kat ne? Tak payah carila. Memang takkan jumpa. Coz aku tiada dalam gambar ni. Time ni aku tengah merajinkan diri dengan mengemas dewan. Eceh :) *


Sesungguhnya program ini sangat seronok dan aku tak pernah menyesal menyertainya even ada sesetengah golongan manusia yang men'spoil'kan mood program nie(jangan marah ye). Still aku seronok dan bersyukur kerana dapat menyertai program ini dan menghabiskannya dengan jaya. Adoi, rindu sungguh dengan kamu2 semua. Maaf tak dapat nak join program ke Cameron kerana ada commitment lain. Insyaallah akan ketemu juga kita nanti.

Cukuplah cerita untuk part kali ini. Tunggu part 3 pulak ye. Part 3 aku nak cerita pengalaman di mana aku telah didera. Sehingga terminum air parit. Nak tau kenapa? Tunggu!!!

Terima Kasih. Salam

LOVE : - Ima Ramli -




No comments:

Post a Comment

Their words