Monday, July 18, 2011

melancong ke program :p

Assalamualaikum alls,

Hai lama kan aku tak update blog ni. Ceh, seminggu je pon.

Ah ha! Aku sebenarnya tak sempat nak update sebab busy dengan prog. As yang aku bgtau kat last post, aku kan g Sandakan  berprogram selama seminggu. Fuhhhh, mantop abis la program ni. Aku memang seronok abis. Tak pernah aku rasa seseronok ni  join program. Sampai aku rasa tak nak balik pulak. 

Korang nak tahu ke apa aku buat kat sana? ßtanya macam ramai sangat je follower ko kan..ahahaha :D

Aku g Sandakan ni atas nama MISI Club, salaj satu kelab yang aku join kat UIA tercinta ni. Program kali ini adalah Educational Hearten Camp yang dibuat kat SM Agama Sandakan. Macam yang aku cakap kat entry lepas, aku dan kawan2 gerak ke Sandakan pada hari rabu 6 July 2011. Flight kitorang pukul 645 direct to Sandakan. Sampai Sandakan pukul 1000 la lebih kurang. Kat sana dah ada member yang jemput. Dari airport pergi ke Kompleks Sukan Sandakan. Kitorang tido kat sana semalaman before gerak g SMAS for program. Budak2 kat SMAS ni comel2 belaka. Dorang ni ada yang talkative ada yang malu lebih2. Macam-macam perangai la ada. Tapi memang seronok giler layan budak2 ni. Tu yang time nak blah dah abis program, sebak je didada. Eceh!

Abis program kat sekolah ni, kitorang terus dibawa ke kg Bokara. Kampong ni kampong akak senior aku. Dia la yang cadangkan buat program anak angkat kat kampong dia. Kitorang okay je. Kampong dia atas air laut okay. Aku seronok abis. Ko ada? Takde kan..hahaha mak aih riak nya aku!

Aku dapat foster family yang sangat best. Sayangnya rumah aku ni xde la atas air sangat sebab dah kat tepi dekat dengan tanah besar kan. Kalau nak nampak air bawah rumah, bangun subuh dapat la tengok. Rumah aku ni memang syok. Mula2 tengok kan,kat luar nampak macam buruk je tapi kat dalam, fuh macam kondo kau. Bilik aku siap ada aircond. Wifi lagi ada. Ko ada? Nan ado..bangga jap aku dengan kawan2 yang lain. Jeles je bila tau rumah aku ada aircond and Wifi. Sorang kawan aku siap nak tumpang ‘berry’ lagi. Wah over betol.aahahaha. jangan marah ye cik Bella :p. aku dok kat umah ni syok2 pon segan pon ada. Mau taknya, layan macam VIP. Mummy aku siap basuhkan baju,lipatkan baju lagi. Makan dah terhidang atas meja. Keluar je dari bilik terus tarik kerusi suruh aku makan. Makan dihidangkan, dah sudah makan aku nak angkat pinggan pun tak bagi. Punyalah layan tetamu kan. Seriously aku segan nak mati. Malam tu aku tido awal sebab mengantuk dan penat sangat. Yelah 3 hari buat program tido pun tak tentu. Aku rasa paling lama pun tido ialah 4 jam. So dengan bilik yang beraircond tu kan, memang la aku tido mati sampai subuh.hehe :p

Esoknya pada 11 July, selepas subuh je around 7 pagi tu dah kena berkumpul kat balai raya sebab nak g Sepilok orang Utan. Sape la yang nak g melawat sedara ni kan. Ahahaha :p. Sampai kat Sepilok, ada tengok video sikit pasal Orang Utan ni. Aku ingat Orang Utan ni takde nama omputih tau, tapu rupanya-rupanya ada. Nama omputih dia adalah ‘Man of the Forest’. Tu dia mantooppp!!. Abis tengok video, terus p.i.c bawak p tengok orang utan tu sbb time tu depa tengah makan. Fuh, 1st time tengok orang utan.
Ada cite lawak time ni. Kitorang punya advisor join kitorang sekali tau. Masa tengah dok asyik tengok orang utan tu, tiba2 dia jerit ‘ tu tengok anak orang utan’. Banyak kali kot dia jerit, excited. Yang kitorang ni pun macam nak amazed la kan, fuh comelnya anak dia. Tup2 padahal yang disangka anak orang utan adalah si kera. Ya Allah, malunya tak terkira. Aku macam nak gelak guling2 kat situ tapi tak sampai hati plak. Simpan dalam hati je la. Gelak skang la, aahahahahahahahahahahahahahahahaha :D ok siap!

Abis tengok orang utan makan, depa ajak p jungle tracking. Alamak, aku time ni dah terkezut sbb langsung tak prepare nak jungle tracking. Aku memang lupa abis la ada jungle tracking dalam tentative prog yang dorang bagi tu. Kalau la korang nak tahu, even so aku join gak jungle tracking tu despite of time tu aku pakai blause labuh, jeans and sandal with face yang bermake up. Aku rasa macam orang Bandar yang sesat kat dalam hutan. Haha mantoppp!! Apa-apa pon, jungle tracking tu memang hebat giler. Berpeluh-peluh gak la aku. Seronok abis!!!

Lepas tu p makan free kat restoran ayah kak senior aku pastu depa bawa kami p jalan2 kat Bandar Sandakan. Aku shopping sikit je sbb dorang bagi masa 45 minit je. Huh! Mana dan nak beli barang sakan oitt.. takpe2 sebab esoknya depa bawa lagi kami g, aku shopping sampai muntah. Eceh. Malam tu kami g makan steamboat kat satu restoran ni. Makan? Tak makan pon. Sebab kedai tu kedai cina n dorang serve arak, pork aku tak sure. Malas nak pikey panjang2 so ambik keputusan tak nak makan beria2 sangat. Aku telan satu meatball, aiskrim n 2 tembikai. Air mineral beli sendiri. Pastu lapo, aku telan cadburry. Tu pun share dengan kawan2 sebab kesian tengok depa lapar. Ni nanti aku cite lain. Entry ni positif je. Yang negative aku buh lain. Oraitttt.

Aku balik dari ke KL balik on 12 july 2011. Flight kul 9 malam. Selamat sampai kul 12 gak la. Smpai uia kul 2 pagi. Skang aku dah selamat ada kat umah, tengah menambah berat yang memang sedia berat. Giler..

abis shopping

aku, kak masyi dengan foster mom masing2 :p

bergambar lepas abis program kat SMAS

aku dgn ita kat kg Bokara, nampak tak air laut tuh ...

kat sepilok

depan asrama KSS

bajet fotographer pro la kunun :p

kenyang pas makan free kat rest ayah Kak Bell
Ok chowww la for now..t cite lagi.

Tatatatata


3 comments:

  1. haha imah, lawakla cite kamu ni... :P

    anyway kak cuma nk tmbah sket... restoran yg tuk dinner tu dia x serve pork.. cuma ada serve arak... tp as far as i know, diorg asingkan utensils sume... tp since sume kecoh psl status halal tu, kak pn ilang slera nk makan jgk.. just having fun kan.. :)

    lg 1, restoran adzie tu pakcik kak punye.. bukan bapa kak.. hehe :)

    ReplyDelete
  2. amboi ko ima... mengutuk aku ya haha. lagi satu, apsal x cite yg ko pinjam kasut aku?? eeii marrrahh ni! haha

    ReplyDelete
  3. kak bel : tak pe la kak,cite lama. Biarkan aje. Btw ima makan gak, even tak banyak..hehehe

    Bella : hahahaha..nnt aku cite :p

    ReplyDelete

Their words