Monday, August 1, 2011

macam-macam cerita

Assalamualaikum.

dah lama tak hapdet blog. Aku skang duduk kat umah granpa so line berukbeng mmg xdo. Kalau nak on9 pon kena g kedai pak cu aku. Maleh tu la pasalnya. Harini rajin sikit sebab pose kan. tak yah masak2 kat dapur so ada masa nak menulis sikit.


eh, korang tahu tak cite pasal ada budak UIA mati? Aku pun baru tahu td, nasib baik on9. aku baca kat wall kawan aku kat fb td. 


huhu seram kan? macam mana benda tu jadi still dalam siasatan lagi. dorang cakap mayat mangsa dah terbiar seminggu. Tu pun mak cik cleaner yang perasan. Bau busuk sangat kot. Ish3 macam benda jadi. Sian dia, tak sempat nak sambut puasa dengan raya. Doakan roh arwah tenteram la ye.

Nak baca lagi klik SINI

-

-

-

Tadi beli surat khabar Harian Metro. Terbaca la pasal kes putus tunang Pemain bola mesia tu (apek) dengan tunang dia. Tak tahu nak kata apa dah. Kesian dengan Kak Ella tu la. Dugaan Ramadhan. Apa jadi antara depa, depa je la yang tahu. Tapi, aku macam dah agak je yang Apek tu akan jadi mcm tu, bila pujian melambung2 gitu la jadinya. Nak baca blog ex tunang dia. Baca kat Sini ye. Aku doakan moga hidup dorang diberkati Allah. Klau dah takde jodoh nak buat macam mana. Nanti kita tengok dan dengar la apa kata depa seterusnya.

-

-

-

wei aku dah dapat lesen L motor. Yahoooooo!!!so aku dah boleh bawa moto p UIA sem baru nanti. Seronok sungguh. Dapat merempit kat KL plak. Asyik merempit kat kg je kan. Aku bukannya apa, kalau ada moto senang sikit aku nak bergerak. Aku ni aktif la gak kat UIA. So kadang2 kalau ada join prog under club, kena la pergi miting. Miting tu plak bukannya buat siang2. depa wat malam2 pastu kompem abis tengah malam. Aku okay je nak balik malam2 tapi mak aku la bising, bahaya dia kata. Nak harap bas UIA, macam chipsmore jap ada jap takde. Kata shift smpai kul 9 malam, tapi kul 830 dah ghaib. Tunggu2 xdo. Maleh nak pening so aku jalan kaki je. Exercise sikit.(konon). Tapi setelah dipaksa oleh mak aku so aku ambik decision nak ambik lesen motor. Lesen kete dah ada, tp kete takde. So naik moto la. Senang nak parking kan. :)

Kelas praktikal start esok. 9 jam total.Aku ingat nak abiskan minggu ni so minggu depan aku dah boleh test JPJ. Malas dah nak tangguh2. Doakan aku berjaya. 

-

-

-

ingat tak aku ada cite pasal relationship aku dengan sorang mamat ni. Aku pelik la sebab last week aku mesej dia then tiba2 dia senyap. Aku pon malas nak tya kenapa. Tup esoknya dia chat FB aku ckp dia takde kredit. Ceh! Aku okay je. Dah biasa pon padahal. 

then continue dgn YM, aku ag suka YM. laju sikit. Seronok gak sembang2 dengan dia tapi last2 dia senyap gak. Nak kata abis kredit, since when YM gn kredit kan. Lantak la. Aku pun time tu tengah Chat dengan BFF aku (Cik Ira) n mesej2 dengan kawan. Satu je yang aku pelik, masa sembang2 tetiba dia cakap pasal apa dia buat dekat aku. Aku macam terkejut gak la kan. Apehal mamat ni. Aku dah lupa pon, dah la tengah2 malam, emo plak kan. Aku risau kot2 la dia baca blog aku ni. Tapi sebenarnya memang nak dia baca pon. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang aku rasa. Aku just nak dia tahu yang aku memang marah dengan tindakan dia yang menyedihkan aku tapi tu cite lama. Aku dah lupa. Aku maafkan dia tapi mungkin persahabatan kitorang dah tak macam dulu. Tapi aku mencuba untuk menjadi BFF yang baik. Moga selepas raya ni, persahabatan kitorang akan lebih baik. InsyaAllah

* tengah pikey aku nak beli hadiah apa untuk bday dia nanti. 1 September 1990* (oh yes, dia muda dari aku)


Abis dah cite kali ni. Ceh ,macam pengacara plak. K la nak g tolong my mom masak kat dapur. Selamat berbuka y'alls.


Love :
Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

No comments:

Post a Comment

Their words