Monday, November 1, 2010

Hey Disember :p

Assalamualaikum friends,

Dah lama rasa tak menjengah ke blog nie. Hampir berhabuk di buatnya. Biasalah alasan biasa busy la doi..
Sebenarnya aku dalam exam week and today i just finished 2 papers. 2 papers in one day hah? Great rite. Nak pecah kepala aku membaca buku n menjawab soalan yang susah tak dapat di bayangkan dengan kata2. Tulah main2 lagi dalam kelas. Serve you rite :(

Sambil menulis nie, aku tengah melayan lagu jiwang. That'y why la topic blog kali ini pon agak jiwang. Kenapa ye dengan Disember? Hahaha..

Aku tak sabar menunggu bulan 12 nie, kerana akan genaplah aku menyayangi seorang lelaki dalam diam. Yes, kali ini aku betul, tak main2. Aku rasa ni la kali pertama aku sayang seorang lelaki dalam masa yang agak lama. 
Kenapa nak tunggu setahun?
Of course la nak make sure the feelings kan. 
Then ternyatalah memang aku menyayangi dia sesungguhnya.

Hari ini 1 Nov 2010 aku cakap kat kawan aku yang bila genap setahun aku suka Mr.M, aku akan cakap kat dia. Cukuplah setahun aku manyimpan. Aku bertekad untuk bagi dia tahu yang aku suka dia. And aku takkan kisah dengan apa yang nak jadi. Kalau dia reject, aku terima dengan hati terbuka kerana aku faham dalam menyintai seseorang 'cinta itu tidak memerlukan balasan'. Aku rasa aku akan puas hati bila aku dah bagi tahu nanti. Sekurang-kurangnya aku mencuba kan?

Tak sabar rasanya nak tunggu kehadiran Disember :)

* Hey Mr. M, i love you :D

Saturday, August 28, 2010

Respect

Salam..

Hey all..

Korang mesti tau kan dalam hidup ini, hormat-menghormati antara satu sama lain adalah sangat penting. Korang tau tak maksud hormat tue. Aku google la maksud hormat or 'respect' so i found that it's mean

1- Perkataan 'hormat' dalam Kamus Dewan edisi 4 memberi maksud 'mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim'

2 - Respect is basically an attitude that is shown towards any individuals' feelings or interest. It is acknowledging another's feelings in any kind of relationship. It may not necessarily be feelings shared between individuals but could also be referred to animals, groups or between countries. It implies to very phrase 'treat others the way you want to be treated.' Respect is also considered as a synonym for politeness or manners. 

Hambek kau. So actually respect ni adalah sangat2 PENTING ok!!!
Sebenarnya aku sedikit hangin la arini bila adalah seorang hamba Allah nie, aku panggil A je la, sent message kat aku. Kandungannya memang la sangat menyakitkan hati aku. A nie hantar mesej aku dengan tiba2 tanya pasal kamera seorang hamba Allah ( panggil B je) nie yang aku pinjam 2 bulan aritu. Aku tak kisah la kan klu dia minta balik sebab aku mmg dh tak guna lagi. Tapi yang menyakitkan hati aku ialah bila cara dia tu macam la aku ni nak kebas terus kamera tue. Aku pun tak hinginla, klau setakat kamera 3.2 mp je. Kamera handphone aku lebih kurang aje. Huh!!

Angin sungguh aku. Mungkin A lebih tua dan related dengan aku tapi tak payahlah over sangat macam tak jumpa dah. Apa la salahnya bagi salam dulu pastu tanya elok2. Tak la aku hangin sangat. Memang perosak mood sungguh. Eiii rasa nak mencarut pulak tapi bulan puasa kan. Huh!!. Pastu memandangkan Si A ni dh ckp mcm tu, aku pon hantar la mesej kat si B cakap aku akan PULANG BALIK kamera 'mahal' dia tu. Boleh pulak dia cakap 'eh xpe la, gn la dulu'..Eh membara sungguh. Macam *tut* je kan. Dah yang ko gatal sangat pergi cakap kat A sungguh minta balik kamera ko tu buat apa.

Sabar.....sabar...

So sekarang aku nak la cakap, respect tu sangat penting. Cukuplah aku dah respect ko sebab ko family dan lebih tua. Tapi apa la salahnya kalau ko respect aku balik even aku lebih muda. Takde la salahnya kalau kita saling hormat-menghormati. Kalau ko nak cakap yang kau takde niat langsung, cukuplah dengan fikir dulu consequences perbuatan ko tu (sms ko tu).

Janganlah fikir senang ko je. This earth does not revolves only around you dear. Please consider others.
BTW i'll try my best to be positive...Tq

- ima ramli -


Tuesday, August 24, 2010

Exam!!!

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya aku tak update blog kesayangan aku ni.Alasan biasa adalah sibuk and no commitment. Hari ini rajin pulak nak menulis, awal2 pagi pulak tu kan. Memang takde kerja.

Sebenarnya hari ini aku ada midterm exam Akidah. baru je habis study then ni yang sempat update blog. Walaupun dah abis baca buku tapi still rasa macam 'Apa yang aku baca nie'..huhu hampeh. Tulah dalam kelas Sir membebel kat depan, aku dengan kawan2 membebel kat belakang cakap tah apa2. Beselah tu kan, student. Tu belum kira aku mengantuk gila2 dalam kelas. Nasib baik aku tak tido je. Ish3. :)

Aku harap aku dapat la jawab exam arini. Cuak giler. Rasa macam tak tau apa2 je. Tapi Insyaallah, memandangkan aku dah study dan hafal sikit, harap2 ada la keluar satu dua kan. Wish me all the best !!
Gambatte!!! 

- ima ramli - 


Tuesday, June 8, 2010

Memories's Flashback Part 2 (POS LEBIR)

Assalamualaikum kawan2..

Selamat datang sekali lagi ke site aku. Terima kasih tak terhingga pada semua yang sanggup mengorbankan dan menghabiskan sedikit masa dengan membaca blog aku ini. As you all know, last time aku dah share 1st part memory aku dengan korang so this time is part 2. Pert 2 ni, aku nak share dengan korang tentang pengalaman aku masa join Program Masuk Kampung under COMRADE. Program ini diadakan pada 11-17 April 2010 di Pos Lebir, Gua Musang Kelantan. Sedikit sinopsis ye, program ini adalah program yang memerlukan kami untuk mengajar ilmu2 agama seperti ilmu Fardhu Ain kepada penduduk orang asli yang beragama Islam disana. Program ini juga boleh dikategorikan sebagai community service. In my opinion, aku dapati yang program seumpama ini sangat bagus. Seminggu aku disana, aku telah mempelajari banyak perkara baru dan ada serba sedikit ilmu yang dapat aku kongsi dengan kawan2 dan penduduk orang asli di sana. Ia juga telah membuka mata aku dalam sesetengah perkara. Walaupun ada sedikit horror experience namun begitu aku terima dengan hati terbuka as orang tua2 kata 'dah rezeki'. But I cannot mention it here ok. Overall program seumpama ini sangat menarik minat aku. Even this program is my 1st time, aku rasa sangat menarik dan aku sangat teruja untuk join program akan datang. So hope u guyz enjoy the pic. I will explain further in the caption ok. 


* Tengah tunggu bas sampai. Snap gambar dulu apa2 pon*



* Sampai sudah kami di Kelantan. Sekarang kami memunggah barang2 dan menunggu ketibaan trak yang akan mebawa kami masuk ke dalam kampung *


*  Time ni kami dalam trak nak ke Pos Lebir. Gambar blur kan? Tu disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk sampai kami terlambung2. Sakitnya badan aku tak dapat nak cakap. Duduk seksa cuba bayangkan orang yang berdiri..huhu *



* Ni masa kawan2 aku tengah ziarah family angkat dorang. Sayangnya aku tak diberikan keluarga angkat kerana aku telah ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan daerah dapur dan menjadi assistant chef yang tak berbayar :p *

* Menari denganku?. hehe. tengoklah abang2 aku menari sewang dengan orang kampung. Untuk program ni hanya lelaki yang dibenarkan menyertai sewang. For girlz 'No Sewang' warning dah diberi. Kenapa? Ada la sebab yang tertentu dan untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Malam yang hebat. *


 * Malam last post mortem kami. Untuk pengetahuan semua, kami akan buat post mortem setiap malam. Tak suka time ni coz ada sesi air mata. I tak suka emo2 nie. *peace*. As aku mentioned b4, malam ni la malam kejadian yang membuatkan aku tak senang duduk. :p *


* hari terakhir dan tibala masa untuk pulang. Apa2 pon ambik gambar dulu sebagai kenangan kita bersama. Aku kat ne? Tak payah carila. Memang takkan jumpa. Coz aku tiada dalam gambar ni. Time ni aku tengah merajinkan diri dengan mengemas dewan. Eceh :) *


Sesungguhnya program ini sangat seronok dan aku tak pernah menyesal menyertainya even ada sesetengah golongan manusia yang men'spoil'kan mood program nie(jangan marah ye). Still aku seronok dan bersyukur kerana dapat menyertai program ini dan menghabiskannya dengan jaya. Adoi, rindu sungguh dengan kamu2 semua. Maaf tak dapat nak join program ke Cameron kerana ada commitment lain. Insyaallah akan ketemu juga kita nanti.

Cukuplah cerita untuk part kali ini. Tunggu part 3 pulak ye. Part 3 aku nak cerita pengalaman di mana aku telah didera. Sehingga terminum air parit. Nak tau kenapa? Tunggu!!!

Terima Kasih. Salam

LOVE : - Ima Ramli -