Monday, March 15, 2010

- walimatul urus -

hai and assalamualaikum semua......

hari ini adalah hari yang sangat cantik. Memandangkan aku takde kelas pagi ni so aku bangun lambat sikit la :). Tapi aku seronok bila bangun pagi sebab bila aku bangun matahari dah memancar tapi masih lagi dalm suasana yang sejuk. Ia membuatkan aku terfikir betapa bestnya hidup nie..
hahahaha dahla mengarut..

Aku sebenarnya nak cerita tentang majlis pernikahan pak cik aku yang sangat disayangi.
Pada 13 haribulan aritu pak cik aku dah selamat menjadi suami orang..
Tahniah la Pak cik ( Hisam bin Sharif @ makhtar) dan juga mak cik baru aku (Nor Fatehah Bt Othman)..

Untuk memeriahkan lagi majlis, aku selaku anak saudara yang baik dan cantik :p nie kenalah balik.
tapi aku terpaksa balik lambat sikit disebabkan ada hafazan halaqah pagi jumaat tue..aku balik ke Jengka tumpang mak ngah aku. sepatutnya pukul 3 ptg dah gerak tapi disebabkan ada masalah sikit pukul 830 mlm baru aku bergerk balik..tak dapat aku nak gambarkan melalui tulisan aku ni betapa pack nya kereta pak ngah aku. Dengan bonet yang penuh dengan barang samapai terpaksa di tekan2 supaya boleh tutup bonet. Dah tue kat dalam pun penuh sampai aku tk tahu nak duduk macam mana. Dekat kaki pun penuh. Ya Allah just imagine je la macam mana perjalanan aku selama 4 jam tu..

Sampai kat rumah je, aku keluar dengan belakang dan kaki yang sangat sakit..cramp kaki aku!!!
Dah sampai agak lambat tapi family aku dah siap tunggu nak siapkan apa lagi yang belum siap..
Aku ambik job gosok baju aku dengan baju sepupu2,,kitorang sedondon..hehehehe
M.ngah dan mak aku kemas2kan hantaran to make sure everything is ok dan tak de yang akan tertinggal lagi.Adik aku pakaikan inai kat pak cik aku. sepupu2 aku pon join sekali. Including aku la tapi aku pakai kat jari kelingking je..:).semua tido lambat malam tue.

keesokannya kami sekeluarga dan rombongan bertolak dari rumah ke rumah pengantin di Kemaman pukul 8 pagi. kami kena bertolak awal seban rumah pengantin perempuan agak jauh dan memakan masa almost 3 hours. Dan majlis pernikahan di jangkakan pada pukul 11. Rombongan kami sampai di masjid pada pukul 1030. walaupun kelam kabut, time tu aku sempat lagi buat UPU adik aku yang bongsu..
pukul 11 tok kadi pon sampai then we were get ready to start the event. Pak cik aku sangat nervous sampai dia kena wat akad 2 kali..keli kedua dia berjaya. aku sangat gembira tgk apk cik aku tersenyum sebab dah lepas daripada seksa akad nikah tu,,hahahaha pakcik!!

dah selesai akad nikah kitorang pon bergerak ke rumah pengantin perempuan..
kami ditempatkan di rumah jiran untuk senang pak cik aku tukar baju dan bersiap.
Pada pukul 1230 kami berarak ke umah pengantin perempuan dan bersanding la pak cik aku...
pengantin makan beradap tapi aku tak join sebab aku dengan adik aku dah makan dulu sebab dah lapar sangat. but still kami dapat makanan pengantin..hahahaha. udang tue..syok abis makan..

pukul 2 - dah siap2 semua kami pon ambil keputusan untuk balik. Lepas diorang pas2 kan cenderamata kami pun blah la..aku sampai kat rumah Jengka pukul 5.penat tak dapat nak digambarkan dengan kata2 la..

TAPI AKU SANGAT BAHAGIA BILA AKU TENGOK PAK CIK AKU BAHAGIA!!!!

- TAHNIAH PAK CIK MAT N MAK CIK TIHAH -

LOVE YOU..............

tq

- ima ramli -


No comments:

Post a Comment

Their words