assalamualikum n hai semua..
mata dah mengantuk tapi tangan masih gatal untuk menekan keyboard.
kepala time ni memang banyak idea.
mencurah-curah keluar..
apa yang seronok untuk diperkatakan sekarang..
mungkin aku boleh riak dengan mengatakan aku sangat seronok..
seronok 'giler' keluar dengan kawan-kawan semalam
betapa seronok bila kami semua (aku, Ira, Atie, Ika, Adeq dan Yatie) keluar..
rancangan kami pada mulanya nak pergi main bowling..
ini idea Adeq..dia ajak kami dari minggu lepas lagi..
then semalam dapat gak pujuk kami..
plan di di buat dan kami dapat sewa kereta Wira dan mampu untuk memuatkan kami 6 orang..
kami bertolak dari kampus pada pukul 5
tiba di Wangsa Walkmall, tapi sayang bila kami tak dapat nak main bowling sebab dah penuh dan waiting list sangat panjang..kami terlupa sekarang waktu cuti sekolah.mestilah family akan turun untuk bersuka ria.
lari rancangan kami. sambil2 fikir apa yang patut kami buat. kami sempat lagi pergi main2 kat 1 area nie.dah lupa sah nama tempat tue.*aishhh*..
have fun gak la.banyak permainan untuk dicuba
dah abis main,kami kembali ke rancangan asal iaitu nak pergi picnic.
so kami pergi dominos..
Ika n Adeq pergi beli sementara kami 4 orang tunggu dalam kereta.
aku rasa sangat urban bila pergi picnic makan Dominos.
aku fikir 'mungkin itu trend nya sekarang'
dan aku juga terfikir bahawa kami picnic di Lake Garden dan suasananya berbeza.
mungkin Dominos sahaja yang sesuai dengan empat sebegitu.
kami menikmati makanan dan bergambar sepuas hati..
pukul 9 kami bergerak meninggalkan Lake Garden da menuju ke Dataran Merdeka.
mungkin mahu memuaskan hajat Ika yang nak sangat ambil gambar di Dataran Merdeka.
mungkin dia dah puas :)
puas meronggeng kesana kemari,kami pulang semula ke kampus.
mungkin tak lama tapi kepuasan dan keseronokan tak dapat nak digambarkan dengan kata2.
cukup puas bila dapat bersama mereka yang selalu ada..
serasa aku. kita harus buat begini lagi..
- ima ramli -
No comments:
Post a Comment
Their words