Monday, June 20, 2011

family getaway

salam and hai to alls :P


wah dah berhabuk nampaknya blog aku ni kan. Yelah dah lama tak sentuh. Sejak2 bergiat aktif dgn Tumblr ni. Tapi tiba2 aku nak kembali ke dunia blog ni sbb Tumblr tak syok ah pos cite2 camni. Nak follow artis boleh la.
Panjang plak mukaddimah eden ni ha..


Tuntasnya, aku sebenarnya nak cite pasal weekend aku yang superb best!!
Last weekend aku dan family besar go on vacation (boleh la panggil vacation), family aku datang berkumpul kat KL ni sbb mak jang aku nak grad from OUM. So sambil2 tu merendek le sekali kan. My mom datang ambik aku kat UIA hari jumaat petang then terus gerak g umah mak ngah aku kat Klang. Spent 1 malam kat sana then esoknya yakni sabtu around kul 12 camtu, kitorang terus gerak ke destinasni pertama iaitu :


I- City :
- kitorang g ni tengahhari so  memang la ko takkan expect dapt tengok lampu liplapliplap kan. Yang ado matahari menggelapkan. Tapi, bukan tu yang kitorang cari. Kat I-City tu, sebenarnya kitorang nak g Snowalk. Yolah kan, tak dapek g oversea, g I-City punya Snowalk pun boleh la. Bayaran masuk RM25 untuk adult n RM20 untuk kids. Basically aku rasa tempat ni best la compare to yang ada kat Genting sbb dia lagi luas dan sejuk. Ha,kat dalam ni ada lampu liplapliplap so tak la terkilan sangat. Aku aritu dengan bongoknya pokai selipo je so hangpa bayangkanla betapa sejuknya kaki aku, jari kaki aku sampai kebas tapi still degil gak nak dok lama. Yang syoknya kat sini, ko boleh keluar masuk banyak kali. Kiranya kalau ko tak tahan boleh kuar pastu ko masuk la semula. Kat sini bukan je ada Snowalk tapi ada gak tempat main2 macam arcade, tembak2,bumper car etc. Kiranya time cuti sekolah memang syok la mai sini.


before masuk dalam

family besar aku

pos ala2 kat obersi

nampak tu lampu liplapliplap

Puas dah main salji, kitorang gerak p hotel. We spent one day one nite kat Seri Pacific Hotel depan The Mall and sebelah PWTC. Then malam tu, kitorang seme g dinner kat Flaming Steamboat. Tengok nama pun dah tahu kan restoran ni bagi ko makan apa. Fuh, malam tu aku melantak memang tak ingat, sampai nak termuntah aku. Aku rasa seme makanan yang dorang tu bagi aku ambik. Aku rasa seme orang tau kan style steamboat ni camne, sape yang tak tahu kan basically ko bayar RM25 1 kepala,pastu ko balun la banyak mana pun. Tapi make sure ko abiskan apa yang ko makan. Kalau tak korang kena bayar balik. Fuh, nasib baik aku makan habis.



si pelahap dan keluarga :p
Dah kenyang makan apa lagi blah la. Tapi otw balik aku menyaksikan kejadian ngeri yang smpi la ni aku tak leh lupa. Yakni orang eksiden. Motor berlanggar dengan van. Aku tak tahu laki tu meninggal ke tak. Tapi yang lahabaunya, boleh plak aku g pandangkan. Baik punya aku pandang betul2 kat si mangsa yang masa tu tak tahu mati ke hidup tapi ngerinya aku boleh nampak darah mengalir dengan banyaknya kuar drpd kepala dia. Innalillah

Second day, pagi2 lagi mak jang aku dah gerak g PWTC untuk sesi graduation dia ditemani oleh mak ngah and mak aku as VIP guest. Around kul 12, aku dengan adik aku g check out and loading seme bag2 masuk dalam keta then p PWTC ambik gambaq.

dah macam PATI aku tengok. Ni tgh tunggu kul 2.makjang aku nak anta robe dia

yang ni perasan konon2 dia grad. Tumpang tuah



Around kul 230, habis seme event dan selesaikan seme kitorang gerak keluar dari PWTC and hotel menuju ke Kampong Baru for lunch. Yang aku terkejut, kitorang masing2 kena bayar parking sebanyak RM60. tu dia bapak mahal. But, what do u expect from a 5 stars hotel kan? Bayar je lah :(

Makan kenyang2 kat kampung baru. Makanan dia biasa2 je, mak aku masak lagi sedap. Yang aku menyampahnya denga perangai orang2 kat situ, mentang2 la tempat ko sesuka hati je. Jalan oneway, dia bahan je. Tak pasal2 kami ni yang kena beralah padahal dah memang salah dia. Rasa nak tembak je dengan meriam. Budush!!.  Abis makan, kitorang seme buat sesi farewell sbb lepas tu pecah balik umah masing2. Sedihnya..Hukhukhuk Mak aku anta balik UIA semula. Then terus depa gerak balik Pahang.
  
Abislah mini vacation kitorang. Aku rasa sangat seronok sampai tak nak balik UIA kot. Tapi nak buek camno kan. Pasrah je la. Abis dah cite aku. T aku cite sal lain plak. Bye3





No comments:

Post a Comment

Their words