Friday, April 2, 2010

Dia dan dia..

Pernah terfikir tak??


Kadang2 kita tak sedar,

Orang yang kita tak peduli,

Sayang sangat kat kita.

Kadang2 kita tak sedar,

Kita terlampau sayangkan kat orang,

Sedangkan dia selalu sakitkan hati kita,

Dan kita tak pernah sedar,

Kita bukannya sempurna untuk

Mendapatkan orang yang

Sangat2 sempurna dalam hidup ini.

Dan kita bukan siapa2 untuk buat orang

Menyayangi kita,

Macam kita sayang kat dia,

Sebab kita cuma manusia!

Jika indah sebuah pertemuan,

Jangan diakhiri dengan perpisahan,

Jika suci perkenalan,

Jangan cemari dengan pendustaan,

Jika bernilai sebuah perhubungan,

Hargai ia dengan keikhlasan.

Sungguh menyakitkan menyayangi seseorang
Yang tak menyayangi diri kita ini,

Tetapi lebih menyakitkan adalah menyayangi seseorang,

Dan kamu tak pernah memiliki keberanian untuk

Menyatakan sayang kamu kepadanya.





Pelik juga bila aku boleh menulis sajak sebegini. Serasa aku ilmu yang dipelajari membuatkan aku lebih peka dengan kebolehan diri iaitu menulis sajak. Aku boleh menulis sajak cuma aku malas. Biasalah malas itulah adalah sifat utama yang ada pada manusia.

Apa kaitan sajak diatas dengan aku?
Tiada kaitan sebenarnya, cuma hati aku ni tergerak nak menulis sesuatu.
Dalam hidup ini, aku rasa semua orang tahu yang kita hidup ni bukannya berseorangan, Pergilah kemana sahaja pasti ada yang menemani, memerhati dan bisa menjadi sahabat. Sebab itu lah kita harus peka dengan persekitaran yang kadang2 tak menjanjikan apa pun.

Kadang2 aku pelik dengan sikap manusia yang merasakan diri mereka terlalu bebas. Bukan bebas bersosial tapi bebas bersuara atau bebas melalukan apa sahaja. Malah sesetengah manusia tak pernah sedar bahawa sebenarnya kebebasan yang diberi bukanlah bermakna yang kita boleh melakukan apa sahaja termasuk menyakiti orang.

Aku kadang2 dah muak dengan segelintir manusia yang suka membutakan mata atas setiap perbuatan. Mungkin kamu semua pernah dengar ayat2 yang macam

' sorry aku tak perasan aku buat macam tu' or

'ala dah perangai aku macam ni nak wat cam mane kan'

Aku juga mengakui aku ni manusia biasa yang memang selalu buat silap tapi aku sedar kesalahan aku malah cuba memperbaiki. Setelah beberapa episod hitam yang dilalui, aku sedar bahawa kadang2 diri sendiri harus dimarahi dan ditegur kerana berani melakukan perkara yang mungkin tanpa sedar telah menyakiti hati orang lain. Cuma aku terkilan bila ada sesetengan manusia yang tak pernah tahu apa itu erti salah dan silap. Malah lebih teruk tak tahu apa itu erti perkataan "maaf" dan "terima kasih"..

Ye, dalam hidup ini haruslah ada sifat memaafkan. Aku selalu memaafkan tetapi kalau dah selalu sangat memaafkan bukan ke akan muak jadinya. Namun sekarang isu itu bukanlah persoalan utamanya sekarang. Aku dah cukup gembira dengan apa yang ada. Persetankan manusia yang mungkin akan berubah. Asalkan diri aku dan kamu tetap aku dan kamu. Usah jadi orang lain. Setiap hari adalah hari yang baru dan setiap hari adalah manusia yang baru.

Aku juga sangat berterima kasih kerana sepanjang perkenalan dan persahabatan tidak pernah lagi aku tersalah pilih. Sahabat2ku adalah yang terbaik dimana mampu menasihati, sentiasa ada dikala memerlukan dan bisa menjadi manusia yang agung di sisi Allah. Bukan mudah mencari sahabat sejati tapi ia adalah tak mustahil. Terpulang pada niat masing. Tepuk dada tanya selera. Dan ingin aku katakan disini aku sangat menyayangi kalian..<3



 


1 comment:

  1. Kt hanya bole bdoa that one day everything will be back to normal ye... As long as we have each other, nothing else matters. Promise that we will never fight over small things ever again ok?! Luv ya very muchie!

    p/s: bile nk follow aku nih???

    ReplyDelete

Their words