Sunday, June 26, 2011

baju

hai semua,

aku baru balik dari squatting kat bilik kawan. Kali ni nak cite pasal baju. Bukan baju cantik atau butik cantik yang aku jumpa ye. Ni pasal hadiah baju yang aku bagi to my heart.

Last few weeks, aku dengan dia ni had an argument. Sebabnya adalah misunderstanding je pon tapi bawa ke besar dan lead to an argument. Salah satu sebabnya adalah baju. Aku bagi baju kat dia. T-shirt collar jenama apa tah aku pon tak ingat tapi branded la (perlu ke mention ni). Tapi dia mempertikaikan baju yang aku bagi tu, kenapa aku bagi and kenapa aku bagi kat dia bukan orang lain. Hoi, dah baju laki takkan aku nak pakai pulak. Aku pun tak faham kenapa aku dengan dia boleh gaduh pasal baju. Gasak lah. Benda dah lepas jangan dikenang.. kikiki :D

So kitorang dah okay lepas tu and aku memang dah lupa la pasal baju tu. Aku pun tak kisah la dia nak pakai  ke tak sebab dah jadi hak milik dia pon. Tapi pada malam jumaat yang lepas, aku dengan dia bermesej la kan. As usual, cite pasal tu, gosip pasal ni, then tiba2 dia bgtau aku yang dia dah 2  minggu pakai baju aku. 
Wah, something that i have never expected at all. Masa aku baca mesej tu, hati aku berbunga2. Akhirnya dia pakai juga. Aku sungguh terharu sebab dia hargai juga apa yang aku buat kat dia. Unfortunately, time dia pakai takde plak aku terserempak dengan dia. Selalunya hari2 nampak sebab kelas kitorang dekat n waktu kelas pun sama. Apa2 pon ku hargai sangat apa yang dia dah buat. Dia pernah cakap yang dia rasa bersalah sebab tak hargai apa yang aku buat dan dia sangat menyesal. So now aku tahulah yang dia betol2 ikhlas nak kawan dengan aku dan betol2 menyesal dengan apa yang dia dah buat. 

Perselisihan faham antara aku dengan dia dulu membuatkan aku dengan dia jadi renggang. Dah tak macam dulu. Aku ingat lagi dulu aku dengan dia boleh bermesej more than 100 mesej dalam masa 5 jam or boleh duduk sembang2 4 jam tanpa henti. But after gaduh, aku lepak dengan dia 1 jam je masing2 bisu, takde topik nak bincang. Aku rasa aku yang ego, hati aku ni masih belom memaafkan sepenuhnya. 

Tapi sekarang, aku nak ambik pendekatan forget and forgive. He's my friend that i love very much. And aku tak nak persahabatan tu end macam tu je. Pray for us :D



ignore peha besar :p
saje je letak gambar ni sbb ada 2 jantan, korang tak leh tahu mana satu dia..kiki


thank you 
chowwwwwww xoxo


Friday, June 24, 2011

woi final datang lagi!

haaa... berakhir lah minggu study and minggu menghadap muka lecturer dan mendengar bebelan mereka yang kadang2 membuatkan mata nak tido. So now, waktu untuk merehatkan otak sikit sebelum perah otak balik dengan baca buku dan menjawab exam.

Semester ni final aku 3 hari berturut2 dimulai dengan Tilawah on 27, then AmLit 28 and last sekali ialah exam Arabic Lang pada 29 Julai ini. Nampaknya xde la masa untuk aku bersuka-suki on9 dan mengupdate blog ni. Facebook mybe la boleh sbb apa je pon kan nak buat. Update status je pon. Hehehe :D

Sebenarnya aku hari ini bosan sebab kawan2 aku seme xde. Depa seme balik kampung. Tinggal la aku sorang2 kat bilik mahallah ni ha. Tapi tak pe, jap ag aku ada meeting kelab then lepas tu aku nak p merendek kat bilik kawan. Bosan siot arini. Nasib baik ada juga benda yang aku kena buat.

Sebut pasal keja kena buat ni, eventhough dah abis kelas, keja masih bertimbun. Untuk AmLit, aku kena buat scrapbook. Ni keja group sebenarnya tapi entah kenapa aku nak buat sorang2. Aku memang nak buat sorang2 sebab aku tak suka nak menghadap muka yang aku tak suka buat keja sama2. Boleh? :p. Lagipun keja senang je, gunting2 pastu tampal2. Senang je kan..

Ok la chowww for now. Pray for my success in exam. Tatatatatata :)

Wednesday, June 22, 2011

kau buat keja kau sendiri boleh?

aku bosan dengan golongan yang tak reti nak buat kerja ataupun keja kau, kau suruh orang huat. Aku sebenarnya tak kisah kalau kau nak minta tolong aku, aku boleh je tolong tapi janganlah sampai dah aku tolong, kau boleh senyap je. Pastu bila ada masalah, yang disalahkan adalah aku padahal dah terang memang patut bukan kerja aku.

aku sebenarnya tak kisah la buat benda2 ni. Aku kadang2 ikhlas buat demi kebaikan seme pihak tapi aku fedup bila keja yang aku buat langsung tak dihargai. Untuk orang yang suka condemn tu kan, aku tahu la kau tu perfectionist tapi tak payah lah sampai seme ko nak complain. Kau buat orang rasa macam keja diorang tu takat sampah. Langsung tak bagus. Apalah salahnya, kalau ko puji sikit2. Bukannya aku or dorang takde buat benda yang betul langsung. Aku tengok ko komplen2 pon, ko guna jugak keja aku dan orang lain buat. Speak louder that action!!!

dah kat situ amarah aku, choww

Monday, June 20, 2011

family getaway

salam and hai to alls :P


wah dah berhabuk nampaknya blog aku ni kan. Yelah dah lama tak sentuh. Sejak2 bergiat aktif dgn Tumblr ni. Tapi tiba2 aku nak kembali ke dunia blog ni sbb Tumblr tak syok ah pos cite2 camni. Nak follow artis boleh la.
Panjang plak mukaddimah eden ni ha..


Tuntasnya, aku sebenarnya nak cite pasal weekend aku yang superb best!!
Last weekend aku dan family besar go on vacation (boleh la panggil vacation), family aku datang berkumpul kat KL ni sbb mak jang aku nak grad from OUM. So sambil2 tu merendek le sekali kan. My mom datang ambik aku kat UIA hari jumaat petang then terus gerak g umah mak ngah aku kat Klang. Spent 1 malam kat sana then esoknya yakni sabtu around kul 12 camtu, kitorang terus gerak ke destinasni pertama iaitu :


I- City :
- kitorang g ni tengahhari so  memang la ko takkan expect dapt tengok lampu liplapliplap kan. Yang ado matahari menggelapkan. Tapi, bukan tu yang kitorang cari. Kat I-City tu, sebenarnya kitorang nak g Snowalk. Yolah kan, tak dapek g oversea, g I-City punya Snowalk pun boleh la. Bayaran masuk RM25 untuk adult n RM20 untuk kids. Basically aku rasa tempat ni best la compare to yang ada kat Genting sbb dia lagi luas dan sejuk. Ha,kat dalam ni ada lampu liplapliplap so tak la terkilan sangat. Aku aritu dengan bongoknya pokai selipo je so hangpa bayangkanla betapa sejuknya kaki aku, jari kaki aku sampai kebas tapi still degil gak nak dok lama. Yang syoknya kat sini, ko boleh keluar masuk banyak kali. Kiranya kalau ko tak tahan boleh kuar pastu ko masuk la semula. Kat sini bukan je ada Snowalk tapi ada gak tempat main2 macam arcade, tembak2,bumper car etc. Kiranya time cuti sekolah memang syok la mai sini.


before masuk dalam

family besar aku

pos ala2 kat obersi

nampak tu lampu liplapliplap

Puas dah main salji, kitorang gerak p hotel. We spent one day one nite kat Seri Pacific Hotel depan The Mall and sebelah PWTC. Then malam tu, kitorang seme g dinner kat Flaming Steamboat. Tengok nama pun dah tahu kan restoran ni bagi ko makan apa. Fuh, malam tu aku melantak memang tak ingat, sampai nak termuntah aku. Aku rasa seme makanan yang dorang tu bagi aku ambik. Aku rasa seme orang tau kan style steamboat ni camne, sape yang tak tahu kan basically ko bayar RM25 1 kepala,pastu ko balun la banyak mana pun. Tapi make sure ko abiskan apa yang ko makan. Kalau tak korang kena bayar balik. Fuh, nasib baik aku makan habis.



si pelahap dan keluarga :p
Dah kenyang makan apa lagi blah la. Tapi otw balik aku menyaksikan kejadian ngeri yang smpi la ni aku tak leh lupa. Yakni orang eksiden. Motor berlanggar dengan van. Aku tak tahu laki tu meninggal ke tak. Tapi yang lahabaunya, boleh plak aku g pandangkan. Baik punya aku pandang betul2 kat si mangsa yang masa tu tak tahu mati ke hidup tapi ngerinya aku boleh nampak darah mengalir dengan banyaknya kuar drpd kepala dia. Innalillah

Second day, pagi2 lagi mak jang aku dah gerak g PWTC untuk sesi graduation dia ditemani oleh mak ngah and mak aku as VIP guest. Around kul 12, aku dengan adik aku g check out and loading seme bag2 masuk dalam keta then p PWTC ambik gambaq.

dah macam PATI aku tengok. Ni tgh tunggu kul 2.makjang aku nak anta robe dia

yang ni perasan konon2 dia grad. Tumpang tuah



Around kul 230, habis seme event dan selesaikan seme kitorang gerak keluar dari PWTC and hotel menuju ke Kampong Baru for lunch. Yang aku terkejut, kitorang masing2 kena bayar parking sebanyak RM60. tu dia bapak mahal. But, what do u expect from a 5 stars hotel kan? Bayar je lah :(

Makan kenyang2 kat kampung baru. Makanan dia biasa2 je, mak aku masak lagi sedap. Yang aku menyampahnya denga perangai orang2 kat situ, mentang2 la tempat ko sesuka hati je. Jalan oneway, dia bahan je. Tak pasal2 kami ni yang kena beralah padahal dah memang salah dia. Rasa nak tembak je dengan meriam. Budush!!.  Abis makan, kitorang seme buat sesi farewell sbb lepas tu pecah balik umah masing2. Sedihnya..Hukhukhuk Mak aku anta balik UIA semula. Then terus depa gerak balik Pahang.
  
Abislah mini vacation kitorang. Aku rasa sangat seronok sampai tak nak balik UIA kot. Tapi nak buek camno kan. Pasrah je la. Abis dah cite aku. T aku cite sal lain plak. Bye3