Friday, January 6, 2012

explanation

salam

korang ada baca pasal last post aku tajuk benci.

aku tak sangka plak benda yg aku tulis tu akan jadi benda besar. Ini sebab pagi td, my fren texted

' ima, kenapa cakap mcm tu. Xbaik tau. nanti ada orang terasa la. Jangan la kutuk2 orang'

Seriously, jujur aku cakap time tu xde pon emo2 bagai. It just sebab aku bosan n cari something untuk tulis. Pastu aku ada dgar rum8 aku cite something pasal benci2 ni, so aku main tulis je la. Jujur aku cakap aku tulis xde refer pada sape2. Tapi kalau ada yang terasa aku MINTA MAAF sungguh2 dr hujung rambut dr hujung kaki.

Pada aku, semua orang ada traits atau benda yang dia benci. Sama la macam aku. Mustahil la kau suka je sene benda kat orang tu kan. Even kawan kau sendiri. Apa ingat malaikat ke nak perfect bagai. Aku pun 100% sure ramai yang tak suka dengan perangai aku. Aku terima sebab normal la kan. Tapi jangan jadi alasan nak menghentam orang. Sila tanya empunya badan dulu kalau nak menghentam.

Aku rasa apa yang aku tulis tu kawan aku ada yang dah tahu macam Atie n Ira. Aku ada cakap je kat dorang apa yang aku tak suka. Apa yang aku tak suka pasal apa dorang buat ada je aku cakap. Sama je macam yang aku tulis tu. Tak tahu la kalau dorang terasa ke apa. tapi aku cakap benda yang betol.

Bukannya aku ni tak boleh terima nasihat tapi aku rasa sebagai kawan aku kena cakap, buat apa simpan dalam hati. Kang ko kata aku plastik plak. Aku rasa bila dah selesa sebagai kawan, masa tu la kau nak bgtau dengan jujur. Tapi kalau ada yang terasa, series aku minta maaf. Xde niat langsung nak kecikkan hati sapa2. Kalau ada yang terasa tu lupakan la, memang tak sengaja, Kalau terkena batang kepala aku minta maap.

Terima kasih kepada Sasau yg tegur aku.

Oh btw, sebenarnya ada cerita disebalik kisah benci aku tu. Yakni yang pasal bajet innocent and pinjam barang tu.

Korang harus paham ye 'bajet innocent' ni bukan la blur or TBS (ni ira je) tau. Ni yang memang bajet innocent punya. Memang tahu la kau ni berpura2. Ceritanya macam ni ;

3 hari lepas, ada seorang minah ni mesej aku cakap nak pinjam external jap. Aku tak kenal sangat tp sbb dia kawan dengan kawan aku, so aku bagi je la. Bosan kata dia. Xsampai hati lak aku kan. takkkan nak cakap tak boleh plak kan. Eventhough sebenarnya aku pun tengah bosan gak sebab ada gap seminggu exam.

Aku cakap kat dia external aku tu infected virus so xpe ke? Dia cakap xpe je. So aku bagi je la pinjam external aku kat dia. Then malam tu dia pulangkan. Masa pulangkan muka ceria je baik je. Senyum3. Aku kan bosan so happening la sikit dh dpt blik external.

Tapi masa aku open external aku, tiba2 KOSONG!!

KOSONG ok..sekosong-kosongnya..

aku dah hangin. Aik kenapa kosong. Aku mesej dia tanya kenapa kosong. Lama tunggu dia reply.

pastu dia reply 'eh lupa nak cakap, masa saya buka mmg dh kosong'

Hek eleh, geram nya rasa di hati tak terkata. aku syak dia ni mesti scan virus ni pastu p delete. Tu yang hilang seme tu. Adoi la bukan ke aku dah cakap dlmnya ada virus so kalau kau scan memang la delete. pastu satu lagi, aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak paste folder dlm tu. Lama aku menggodek itu ini akhirnya dapat gak copy n paste.

Then esoknya, aku g bilik member sebab nak kena collect balik la cite yang dah hilang seme tu. Dia ada. Dia siap tanya ' Eh, nak ambik movie ke'

Aku pun jawab 'hmmm' je la. Eish budak ni seriusly boleh buat bajet innocent tp somehow aku nampak dr mata dia macam cuak je bila aku datang. Nampak sgt salahnya. Aku tanya la dia betol ke masa aku buka memang kosong. Dia cakap ha ah kosong. Tapi aku rasa bodoh pun ada sebab seingat aku masa dia mesej aku, aku tgh tengok cite Spy Myeongwol tau. Elok je ada dalam external aku. Masa aku eject pun, aku sure memang ada cite kat dalam. Fikir lojik la, xkan aku nak bagi external kosong kat ko. Kau ingat aku bodoh!!

Tapi, aku terima je la. Dah benda tu hilang. Kalau aku marah pun bukan boleh dpat balik. Yelah, maybe terjatuh or aku terlanggar kuat sampai hilang isi kat dlam. Positip2!!

Lantaklah, nsib baik ada cite yang aku tak tengok lagi dalam laptop. Dapat la jugak mengisi masa lapang. Tapi apa la sangat. Skang ni kan musim panas kat Gombak ni, so aku 2 3 hari asyik lepak kat lib je. Sejuk sikit. Rasa macam nak tido kat lib pun ada. Ceh, over ..

Ok.Bai

salam

terima kasih sayang :)

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

No comments:

Post a Comment

Their words