Sunday, June 6, 2010

Prihatin kah kita?

Salam alaik sahabat sekalian..
Dah lama sungguh aku tak update blog nie kan. Sibuk sikit kebelakangan nie.

Kali ni nak cerita tentang kejadian yang berlaku di Palestin. Apakah tindakan kita selaku umat Islam. Takkan nak tengok je. Tapi kita nak kata apa kan. Siapalah kita nie. Teringin nak tolong tapi nak tolong macam mana. Namun begitu kita tak bolehlah tolong tengok je kan. Kita selaku suudara seagama, marilah berdoa untuk kesejahteraan saudara2 kita di Palestin dan juga sahabat2 yang sanggup menggadaikan nyawa menghulurkan bantuan. Sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa2 serangan Israel yang mati syahid. Subhanallah, sesungguhnya mereka akan ditempatkan di dalam syurga Allah. Amin.

Apa pula tindakan aku?
Harus diakui apalah sangat sumbangan aku nie. Ke takde sumbangan langsung?? Hmmmm..
Ish, takkan takde langsung. Cukuplah dengan mendoakan kesejahteraan semua orang. Nak boikot barang Israel, aku rasa tahi2 ayam je. Jangan makan McD? Selalu je aku menketedarah makanan tue. Aih menda2 macam2 ni, susah sungguh nak tinggal. Tapi sekurang2 aku mencuba mengurangkan penggunaan barang2 keluaran mereka. Sekarang sibuk menggunakan barang2 Malaysia. Bukan ke itu lebih bagus? Menyokong product kita. Sokonglah kempen "Gunalah Barang Buatan Malaysia"..hehehe :)

Mengarut pula hamba Allah nie..
Tatkala menonton berita dan membaca berita perihal kekejaman Israel terhadap rakyat palestin dan serangan keatal kapal bantuan sukarelawan, menitik juga air mata memikirkannya. Tegar sungguh mereka. Tiada sifat keperimanusiaan langungkah mereka? Dah buta hati ke? Adakah menggunakan senjata satu-satunya jalan? Ah, sampai hati mereka menyerang sukarelawan yang langsung tiada senjata untuk membalas balik. Kejam sungguh. Namun begitu aku kagum tatkala membaca satu artikel tentang sukarelawan yang telah membantu askar Israel yang tercedera DI TINGGALKAN kawan mereka sendiri. Lihatlah sendiri wahai tentera. Mereka membantu tidak kira siapa. Inikah orang yang mahu kau bunuh. Sedarlah. Moga Allah membuka pintu hati askar tersebut.

Apakah khabar sukarelawan2 kita di sana. Doakanlah yang terbaik buat mereka. Moga Allah sentiasa melindungi mereka. Moga mereka mampu membantu saudara2 Palestin kita dan seterusnya membebaskan Palestin daripada genggaman Israel. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian. Salam.

No comments:

Post a Comment

Their words